Pemuda PAS Penang menerusi Setiausahanya Afnan Hamimi Taib Azamudden...."Jika dikatakan ada unsur sabotaj sekalipun, sepatutnya pihak penganjur perlu segera menghentikan tarian tersebut dan tidak membiarkan ianya terus berlangsung sehingga menjadi tatapan hadirin dan dirakam secara bebas,”
TARIAN LUCAH DI BERTAM.. PEMUDA PAS HENTAM PKR MORAL MENJIJIKKAN..!!
Penganjuran Tarian 'Bertam Nite
2012' anjuran PKR baru2 ini telah mengejutkan beberapa pihak terutamanya
penyokong2 PAS. Malah alasan skrip yang seringkali digunakan Pimpinan
Parti tersebut atas nama sabotaj tidak mampu digunapakai.
Pemuda PAS Penang telah tampil
mengkritik PKR yang disifatkan mereka Hipokrit dalam mengakui kesilapan
menganjur Program Hiburan melampaui batasan atas tiket Parti.
Kenyataan wakil Pemuda PAS
Penang menerusi Setiausahanya Afnan Hamimi Taib Azamudden telah mendesak
Pakatan mengambil tindakan tegas dalam memastikan penganjuran Program2
Hiburan sebegini tidak lagi berlaku.
Ia telah menyebabkan timbulnya
satu bentuk maksiat yang dilihat tidak menjadi masalah dalam prinsip
parti pimpinan Anwar Ibrahim tersebut.
"Jika dikatakan ada unsur sabotaj sekalipun, sepatutnya pihak penganjur perlu segera menghentikan tarian tersebut dan tidak membiarkan ianya terus berlangsung sehingga menjadi tatapan hadirin dan dirakam secara bebas,” kata Afnan.
"Pihak penganjur juga mesti tegas mengambil tindakan kepada pihak yang melakukan sabotaj jika benar ianya satu sabotaj untuk merosakkan imej pimpinan muslim dalam PR khasnya dari PAS," tambah beliau.
sumber
Gila dah puak2 ni, ada ka smpi mcm tu depa kata sabotaj. Agaknya kalau depa terlepas solat subuh pun, umno yg sabotaj. Gila.... Gila babi
ReplyDeletenonbal...tak boleh ambik sunat maalm jumaat dengan bini pun salah UMNO!!
ReplyDelete