Rata ceruk iklan berjaya kutip hasil yang lebih...
MASALAH kemusnahan alam sekitar dan 'kesengsaraan' penduduk di Baling,
Kedah akibat pembalakan berleluasa di Hutan Simpan Gunung Inas sejak dua
tahun lalu seolah-olah dibiarkan begitu sahaja meskipun pelbagai pihak
sudah banyak kali menyuarakannya.
Kerajaan negeri yang meluluskan aktiviti pembalakan itu dengan
alasan untuk memajukan kira-kira 5,000 hektar tanah di hutan simpan
berkenaan bagi pelaksanaan projek Ladang Sejahtera, menganggap tiada isu
berbangkit kerana ia dibuat mengikut garis panduan dan peraturan
ditetapkan.
Sedangkan kesan buruk akibat kegiatan berkenaan semakin hari dikatakan semakin serius.
No comments:
Post a Comment