Kapal Selam: Penipuan SUARAM Tidak Ada Kaitan Dengan Pakatan Rakyat
SIDANG
media NGO hak asasi manusia, SUARAM di Bangkok pada 30hb Mei lepas
berhubung skandal Scorpene mula mendapat tempat di kalangan penulis
politik di Internet dan Facebook semalam.
Paling menarik perhatian penulis, sudah
tentulah kegagalan SUARAM dalam sidang media tersebut menunjukkan
apa-apa bukti kukuh atau sehelai dari lebih 150 helai dokumen yang
dikatakan boleh membuktikan kewujudan unsur-unsur rasuah dan menjual
rahsia negara kepada pihak luar dalam perolehan tersebut.
Malah ada juga yang menyifatkan sidang
media tersebut lebih kepada ‘seminar’ menerangkan proses perundangan di
Perancis oleh peguam yang dilantik SUARAM, Joseph Breham.
Walaupun usaha SUARAM menggali lebih
dalam, cerita sebenar disebalik perolehan 2 buah kapal selam itu adalah
baik dan patut dipuji, tapi penulis lihat terlalu banyak ‘hearsay’ dalam
kes ini. Di samping begitu banyak perkara bercanggah yang disampaikan
SUARAM.
Antaranya dakwaan SUARAM pada Mac 2012
bahawa Perdana Menteri Najib akan dipanggil Mahkamah Perancis untuk
memberikan keterangan (rujukan disini),
hakikatnya perbicaraan sebenar masih belum berjalan. Malah seperti yang
disebutkan Breham sendiri pada sidang media di Bangkok, siasatan oleh
Mahkamah Perancis akan memakan masa antara satu ke dua tahun lagi untuk
selesai.
Kalau siasatan pun belum selesai, bagaimana pula Najib boleh dipanggil sebagai saksi bicara?
Begitu juga bila SUARAM menuduh jumlah
rasuah yang terlibat dalam skandal ini ialah USD1 billion (atau RM 3.8
billion mengikut kadar pertukaran wang pada 2003), bila mana harga
sebenar kedua kapal selam tersebut adalah RM 3.68 billion sahaja –
bagaimana nilai rasuah lebih tinggi dari harga dagangan?
Document 87
The documents seized by the French police from the office of Mr. Henri GIDE (THALES) on 28 May 2010 includes a fax written in English and sent by F. DUPONT dated 1 June 2001 addressed to D. ARNAUD, CCed to BAIOCCO and SAUVAGEOT with “MALAYSIA/SUBMARINE PROJECT” as the subject.
Mr. DUPONT detailed out the chronology of visits and future actions during the journey in Malaysia of which there were various planned undertakings in particular negotiation meetings with the Ministry of Defense and the management members of PERIMEKAR during which two (2) contract proposals would be mentioned (from DCNI to PERIMEKAR as well as between PERIMEKAR and the Malaysian Government).
He finally indicated a meeting with DATO’ SRI NAJIB in France on 14 July 2001 with the condition that DCNI offers a maximum sum of USD 1 billion for PERIMEKAR’s stay (in France).
sumber: Laman Web SUARAM
Salah maklumat ini menjadikan ramai
pemimpin Pakatan Rakyat yang teruja dengan informasi tersebut menjadi
mangsa. Antara yang terlibat ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK),
Shamsul Iskandar Mat Akin.
Tidak hairan kenapa badan perundangan
pro Pakatan Rakyat seperti Majlis Peguam kelihatannya tidak begitu
berminat untuk masuk campur dalam usaha SUARAM ini, walaupun kes ini
punya nilai perundangan yang begitu menarik untuk dibahaskan.
Justeru, penulis tidak bersetuju
dengan banyak pandangan yang mengaitkan SUARAM dengan Pakatan Rakyat,
bagaimana Pakatan Rakyat boleh terbabit, bila kami sendiri pun menjadi
‘mangsa’ kepada berita tidak benar yang diberikan SUARAM?
Walaupun isu ini banyak berkaitan dengan
skandal hampir sama berhubung kaitan Najib dengan pembunuhan Altantunya
yang dibangkitkan Pakatan Rakyat pada 2006, tapi angle penceritaannya berbeza, kita bercakap tentang pembunuhan, SUARAM tentang rasuah dan penyelewengan.
Penulis dengan ini meminta semua yang
berkaitan, hentikanlah mengaitkan SUARAM dengan Pakatan Rakyat. Kami
tidak ada kena mengena dengan SUARAM dan apa jua agendanya sebagai NGO
hak asasi manusia, termasuk dalam isu kapal selam ini.
Fokus Pakatan Rakyat sekarang ialah untuk menang dalam pilihanraya umum akan datang, tidak ada yang lebih penting dari itu.
SUMBER
No comments:
Post a Comment