Friday, June 15, 2012

BARua COUNCIL : APA KE JADAHNYA..????

Apa kejadahnya perlukan konsultansi BARua-BARua Pakatan Rakyat ini untuk menubuhkan Akademi Undang-undang....!!!!



Majlis Peguam ceroboh hak asasi

KUALA LUMPUR 14 Jun - Kerajaan akan tetap meneruskan cadangan penubuhan Akademi Undang-Undang tanpa perlu merujuk kepada Majlis Peguam terlebih dahulu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tiada sebarang keperluan untuk merujuk Majlis Peguam berkaitan hak asasi orang lain.
Malah, beliau dengan tegas menyifatkan sebarang cubaan daripada Majlis Peguam untuk menghalang penubuhan akademi itu sebagai menceroboh hak asasi untuk berpersatuan.
"Apa perlu ada konsultasi dengan Majlis Peguam berkaitan hak asasi orang lain. Kalau Majlis Peguam menghalang orang lain berpersatuan, bermakna mereka adalah penceroboh hak asasi.
"Saya juga nak tanya apa hak Majlis Peguam hendak menghalang ahli akademik dan bekas hakim yang tidak boleh jadi ahli Majlis Peguam berpersatuan?" katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab gesaan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang meminta kerajaan mengadakan konsultasi dengan Majlis Peguam terlebih dahulu sebelum menubuhkan Akademi Undang-Undang.
Terdahulu, menjawab soalan asal Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena), Mohamed Nazri berkata, Akademi Undang-Undang tidak menyentuh perjalanan Majlis Peguam yang keanggotaannya terhad kepada peguam bela dan peguam cara.
Katanya, cadangan penubuhan Akademi Undang-Undang juga bukan satu tindak balas terhadap Majlis Peguam ekoran tindakannya yang sering tidak sehaluan dengan kerajaan.
Sebaliknya kata beliau, penubuhan itu telah dipersetujui lebih 10 tahun lalu oleh Majlis Peguam sendiri tetapi terpaksa tertangguh disebabkan faktor kesesuaian masa.

2 comments:

  1. Majlis Peguam ni menjadi oknum ke-4 kut dalam pentadbiran Kerajaan Malaysia?.

    ReplyDelete
  2. Mat din..Majlis BARua ni patut di hantar ke Sri langka je....jd lawyer kat sana..hhehe

    ReplyDelete