Skandal Penipuan Dinar Emas Orang Kuat Husam Musa
Pada tanggal 15 Oktober 2011, seorang
pelabur berbangsa Jepun yang bernama En. Takao Kono telah menerima
kunjungan En. Fernando (Umar ) Vadillo dan telah diberitahu tentang
program dinar dan dirham sepertimana yang telah dijalankan oleh
Kerajaaan Kelantan. En. Vadillo telah meyakinkan En.Kono bahawa
pelaburan dalam skim dinar dan dirham adalah satu program yang
menguntungkan. Ia bukan sahaja mendatangkan faedah kepada pelabur tetapi
juga mendatangkan faedah kepada masyarakat yang mengguna dinar dan
dirham terutamanya untuk membela mereka yang miskin.
Sebaik sahaja selesai perbincangan antara
En. Vadillo dan En.Kono, dan atas keyakinan yang diberikan oleh En.
Vadillo, Pelabur Jepun (En. Kono) telah bersetuju untuk menyediakan
sejumlah wang pelaburan sebanyak 1 juta USD bagi tujuan merealisasikan
program dinar dan dirham. En. Vadillo juga menambah bahawa tujuan utama
peruntukan 1 juta USD tersebut adalah bagi mengeluarkan dinar dan dirham
Kelantan kerana mengikut katanya pengeluaran siri baharu dinar dan
dirham telah tergendala disebabkan beberapa masalah yang di hadapi oleh
syarikat pengeluaran Kelantan Golden Trade Sdn Bhd.
Jumlah yang dipersetujui tersebut (1 juta
USD) disediakan oleh En. Kono dalam masa satu bulan. Walaubagaimanapun,
sebaik sahaja peruntukan tersebut disediakan, En. Vadillo telah
memberitahu bahawa masalah yang dihadapi oleh Kelantan Golden Trade
tidak dapat diselesaikan dan situasi dalam syarikat tersebut tidak dapat
diselamatkan lagi. Pada waktu yang sama En. Vadillo juga menyatakan
bahawa satu perjanjian sedang dalam proses permeteraian antara pihaknya
dan Sultan Johor, dimana Baginda Sultan telah bersetuju untuk
mengeluarkan dinar dan dirham untuk negeri Johor dibawah mohor rasmi
Baginda Sultan.
Dengan itu, peruntukan 1 juta USD
tersebut sekarang beralih untuk tujuan mengeluarkan dirham dan dinar
bagi negeri Johor. Setelah menunggu beberapa minggu,kenyataan En.
Vadillo ternyata tidak benar dan perjanjian yang dikhabarkan tidak
menjadi realiti. Lanjutan dari kejadian ini, En. Vadillo menyatakan
bahawa dia telah memperolehi persetujuan dari Baginda Sultan Kedah (DYMM
Yg Dipertuan Agong sekarang) untuk mengeluarkan dinar dan dirham untuk
negeri Kedah. Namun, sekali lagi, kenyataan ini tidak menjadi realiti
dan tiada perjanjian dimeterai.
Pada lewat 2011, En. Vadillo telah
membawa En. Kono berkunjung ke Jolo di Kesultanan Sulu, dalamkunjungan
tersebut mereka telah bertemu dengan Sultan Sulu dan Sultan Sulu telah
bersetuju untuk menerbitkan dinar dan Dirham sebagai matawang
rasmiKesultanan sulu. En. Vadillo telah berjanji untuk menyediakan
matawang tersebut dalam bentuk duit emas dan perak dan akan di hantar
kesultanan Sulu pada Februari 2012.
Disebabkan keyakinan yang diberikan oleh
En.Vadillo yang menyatakan bahawa faktor masa semakin tertekan bagi
tujuan penyediaan dirham dan dinar Kesultanan Sulu, En. Kono telah di
pengaruhi agar memindahkan peruntukan 1 juta USD tersebut kedalam akaun
pedagang emas dan perak di Abu Dhabi (Gold Bullion Company) . Pedagang
yang dikenali sebagai En. Thani ini telah dikenalkan oleh En. Vadillo
kepada En.Kono pada Mac 2012.
En.Kono memindahkan wang tersebut bagi
tujuan pembelian emas dan perak, dan menyimpan emas dan perak tersebut
didalam bilik kemudahan yang disediakan oleh syarikat En.Thani. Invois
berkenaan pembelian tersebut juga dikeluarkan oleh syarikat En.Thani
kepada En. Kono. Pelan yang dipersetujui adalah untuk menggunakan emas
dan perak tersebut apabila tiba waktunya , bagi tujuan menjadikan duit
emas dan perak untuk kesultanan Sulu. Walaubagaimanapun, setelah
menunggu hingga Februari 2012,tiada apa-apa pun berlaku dan Kesultanan
Sulu tidak menerima Dinar dan Dirham yang dijanjikan oleh En. Vadillo.
Pada waktu yang sama En. Vadillo
menyatakan bahawa dia telah dijanjikan oleh Sultan Cirebon dan Ternate
(Indonesia) bagi mengeluarkan dinar dan dirham untuk kesultanan
masing-masing. Dia juga menambah bahawa kerajaan Zimbabwe dibawah
kepimpinan Robert Mugabe juga telah mempersetujui agar dia mengeluarkan
matawang emas dan perak untuk Kesatuan Afrika. Selama episod meyakinkan
En.Kono tentang skim dinar dan dirham ini,En. Vadillo telah
membelanjakan sebanyak USD 250,000 wang tambahan milik En. Kono,bagi
tujuan kos operasi.
Pada waktu ini,En.Kono telah hilang
keyakinan pada segala pernyataan En.Vadillo dan ingin menarik diri dan
pelaburannya dari menyertai program yang dijanjikan. Apabila En.Kono
mennghubungi En. Thani di Abu Dhabi bagi tujuan mengeluarkan emas dan
perak miliknya,beliau telah dikhabarkan bahawa Emas dan perak tersebut
telah dihantar ke Kazakhstan. Menyedari bahawa dirinya ditipu dan
wangnya dirompak, En. Kono membut laporan polis pada 28 Mei 2012.
No comments:
Post a Comment