Sunday, June 17, 2012

CINA DI CHINA...

Ini nasib Cina di negara China....



Gambar Wanita Dipaksa Gugur Bayi Dalam Kandungan


Gambar Wanita Dipaksa Gugur Bayi Dalam Kandungan Di China. Memang sangat kejam dan berita ini telah tersebar secara meluas di laman sosial. Pihak berkuasa China mengesahkan seorang wanita dipaksa menggugurkan kandungannya yang berusia tujuh bulan, beberapa hari selepas gambar janin itu dimuat naik di Internet.
 Dipaksa Gugur Kandungan Selaras Polisi Kerajaan
Kumpulan hak asasi manusia menyalahkan kerajaan wilayah Shaanxi di utara negara itu kerana memaksa Feng Jianmei menggugurkan kandungannya.
 Dipaksa Gugur Kandungan Selaras Polisi Kerajaan
Tindakan itu diambil apabila Feng gagal membayar denda kerana melanggar dasar kawalan populasi yang mengehadkan sesebuah keluarga mempunyai seorang anak saja. Kerajaan Shaanxi berkata, siasatan awal mengesahkan kes itu “pada asasnya benar” dan penyiasat mencadangkan pelakunya dikenakan tindakan.
Kejadian itu menarik perhatian ramai apabila beberapa gambar Feng terbaring di katil hospital di sebelah mayat anaknya disiarkan di Internet.

Read more: http://anakjati-kedah.blogspot.com/2012/06/gambar-wanita-dipaksa-gugur-bayi-dalam.html#ixzz1xyO1idEj

2 comments: