Thursday, October 6, 2011

MACAM SAYA TAPI BUKAN SAYA...!!!!!

Setidak-tidaknya Ibrahim Ali jujur mengaku tertidur



Ibrahim Ali: ubat batuk punca tidur

06/10/2011 3:12pm

KUALA LUMPUR 6 Okt. — Setelah gambarnya tertidur semasa Dewan Rakyat bersidang semalam disebarkan dalam Internet, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) hari ini menjelaskan bahawa beliau terlelap seketika akibat mengambil ubat disebabkan demam dan tidak sihat.
"Saya tertidur dua tiga minit sahaja tapi gambar itu tersiar di seluruh negara seolah-olah saya ini selalu tidur di Dewan Rakyat.
"Punyalah tidak ada modal untuk menyerang saya dan begitu marah dengan Perkasa (yang dipimpinnya), saya tertidur dua tiga minit pun mahu diambil gambar,” katanya pada persidangan dewan itu hari ini.
Ibrahim yang membangkitkan perkara itu ketika membahaskan Rang Undang-undang Perkhidmatan Pos 2011, berkata beliau kasihan dengan individu yang cuba menyerangnya menerusi penyebaran gambar itu, sedangkan umum tahu beliau merupakan antara Ahli Parlimen yang aktif.
"Kalau nak burukkan saya pun carilah isu yang munasabah, tetapi apa pun serangan, ini merupakan penghormatan kepada saya,” katanya sambil tertawa.
Perbuatan mengambil gambar Ibrahim itu mendapat perhatian Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee, yang berkata ianya adalah satu kesalahan. — Bernama

2 comments:

  1. sama macam kisah menteri luar jepun yg terlalok masa satu pejumpaan dgn diplomat asing tp tu sbb dia mabuk minum 4 gelen sake!! apapun, lps tu dia letak jawatan sbb memalukan kabinet jepun!

    mujurla pak him terlelap smetar krn makan ubat domam... biasala kalau dah tak sihat, bukannya hari2 tidor masa persidangan mcm sesetengah YB tu...apapun tak pernah nak berbahas..sapa mkn cili diala yg keluar asap ikut telinga!!

    ReplyDelete
  2. anti bohmau...lagipun biasalah peringkt umur macam tok him...cepat letih...tok him kena belajaq kt ANWAR IBRAHIM mcm mana nak kuat...dengaq kata balun 2 in 1...!!!

    ReplyDelete