Wednesday, June 29, 2011

SALAH DIRI SENDIRI.....

Selalunya kalau ikut prosedur perlu siasat dulu siapa yang jemput, bukan main hentam terima saja kerana sekarang ramai terutama puak-puak pembangkang nak ambil kesempatan disaat mereka terdesak untuk dapatkan sokongan Melayu!!!! Sebagai pakar motivasi takkanlah WARDINA tak pakar lagi tentang perangai puak-puak pembangkang ni .

Tak salahpun kalau WARDINA nak jadi ahli politik sebagaimana yang di angankan melalui twitter WARDINA tu. Tapi letaklah jawatan dan tunjukkan belang WARDINA yang sebenar.. lagipun haram kalau makan gaji dengan majikan yang penuh dengan maksiat dan dosa tu. JKKKPKSS meluatlah bila suatu hari nanti lepas letak jawatan, lepas diampunkan dosa oleh NIK AZIZ dan bila  NIK AZIZ dah bagi sijil masuk syurga, baru WARDINA nak sebut itu haram, ini haram, semua haram.

Nasihat terakhir JKKKPKSS kepada WARDINA dan sebab utama mengapa blogger-blogger pro kerajaan ambil berat tentang WARDINA ialah kerana dalam PKR tu ada orang suka sangat kat bini orang terutama yang comel-comel macam WARDINA....hati-hati!!!




Wardina nafi keras sokong PKR, Bersih


KUALA LUMPUR 28 Jun - Selebriti popular yang juga pengacara rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sekali gus menyokong perhimpunan haram Bersih.



Beliau berkata, tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya oleh penulis-penulis blog adalah suatu perkara yang serius dan mengaibkan dirinya dan keluarga.



Justeru, katanya, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya artikel yang tersiar termasuk gambar-gambar lamanya di dalam blog, tidak dikeluarkan daripada blog berkenaan secepat mungkin.



"Saya nyatakan di sini bahawa saya tidak menyokong mana-mana parti, sama ada parti pembangkang atau pun kerajaan dan saya juga bukan ahli PKR.



"Buat masa ini, saya tidak ada niat untuk menjadi calon dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia semalam.



Beliau berkata demikian bagi menjelaskan tentang gambar dan penulisan yang disiarkan menerusi blog yang memberi gambaran bahawa beliau menyokong perhimpunan Bersih dan PKR.



Menyentuh tentang kehadirannya di Karnival Mesra Rakyat, Sabtu lalu, Wardina berkata, beliau hadir sebagai jemputan untuk memberi ceramah motivasi keibubapaan.



"Oleh sebab itulah saya hadir pada karnival tersebut tetapi saya tidak pun diberitahu Azmin Ali akan hadir sama.



"Apabila saya dijemput minum oleh penganjur, saya terkejut kerana Azmin Ali pun ada. Tak kan saya nak beredar.



"Saya kesal apabila ada yang berfikiran jumud dan mudah untuk membuat interpretasi tanpa menghubungi saya untuk dijelaskan keadaan sebenar.



"Tidak seperti Utusan Malaysia yang menghubungi saya terus untuk mendapatkan jawapan," katanya.



Beliau berkata, ekoran tuduhan yang dilemparkan, beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi menuntut supaya semua artikel berkaitan dengan dirinya yang dikaitkan dengan parti politik, diturunkan segera.



"Jika penulis blog berkenaan gagal berbuat demikian, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kerana negara kita, ada undang-undang," katanya.

2 comments: