Monday, June 27, 2011

KOLA KEDAH : DATO' BASHAH BIKIN PERSIDANGAN PERWAKILAN KOLA KEDAH PANAS...!!!!!!

Apalah Dato' Bashah ni...dah la DAto' Latt bercakap tentang perpaduan ahli KOLA KEDAH....Dato' Bashah pun tumpang sekaki bercerita tentang perpaduan. Sepanjang ucapan beliau, sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri, Dato' Bashah menekankan betapa petingnya perpaduan dan kerjasama bukan sahaja dalam peringkat ahli bawahan tetapi juga sesama ahli jawatankuasa tertinggi peringkat bahagian bagi merealisasikan misi Gelombang Merah bagi merampas kembali negeri Kedah dari tangan PAS!


Sambil tersenyum..takdak marah-marahpun....otot TRAPEZIUS tak perlu naikpun!!!!Dato' Bashah menggesa ahli UMNO KOLA KEDAH menolak pemimpin yang mementingkan diri sendiri iaitu di saat kepimpinan UMNO pusat dan negeri sedang berganding bahu untuk memperkukuhkan parti bagi menghadapi PRU 13, ada pemimpin dah sibuk dok ATOQ pemilihan bahagian...pakat-pakat cup tempat dah!!!siap dah buat KAPAL...menyebabkan pilihanraya dak lagi pun tapi UMNO KOLA KEDAH dah berpecah belah!!!!! Alamak.....Dato' Bashah dah tau le....kantoi!!!!!!

Walaupun Dato' Bashah sambil gelak galak bercerita tapi itulah kehebatan seni politik golongan veteran ni....ada orang yang kepanasan di atas pentas dalam dewan tu dengan 'ayat-ayat cinta' Dato' Bashah...Satu dewan nampak dan perasan ada satu worang jugak dok berkipas-kipas kepanasan walaupun semua perwakilan kat bawah tu dok gosok tapak tangan masing-masing sebab sejuk!

Akhir sekali, satu dewan bersorak sambut Dato' Bashah bila dia kata dia apa yang dia cerita tu tak ada sangkutpun dengan UMNO KOLA KEDAH, tapi dia maksudkan UMNO KEDAH sebab dia Pengerusi Perhubungan Negeri! Dua tiga kali jugak dia sebut dia tak maksudkan dengan apa yang terjadi di KOLA KEDAH..dua tiga kalilah perwakilan bersorak sebab perwakilan tahu sapa yang Dato' Bashah 'payung'!!!!

Ramai dok perati....semakin kuat perwakilan bersorak, semakin lajulah orang yang dok kat atas pentas tu berkipas!!!!!Panas habih telinga sampai ke dalam badan kot!!!!!Bawa-bawalah bertaubat!!!!

bersambung!!!!

No comments:

Post a Comment