Mat Sabu Menang Timbalan Presiden PAS
Nasharudin peroleh undi terendah
GOMBAK: Selepas tewas pada percubaan pertama 2009, Mohamad Sabu akhirnya berjaya mengungguli saingan bagi jawatan Timbalan Presiden PAS dengan memperoleh sebanyak 420 undi.
Kemenangan Mohamad sekaligus menggagalkan usaha penyandang jawatan itu sebelum ini, Nasharudin Mat Isa bagi mempertahankan jawatan yang dimenanginya sejak 2005 apabila mendapat undi terendah pada pemilihan parti itu kali ini dengan 224 undi.
Sementara itu, seorang lagi calon bagi saingan tiga penjuru bagi jawatan berkenaan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendapat 399 undi.
Kemenangan Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dari kumpulan profesional memecahkan dominasi kepimpinan ulama bagi jawatan berkenaan.
Sementara itu bagi jawatan Naib Presiden, Sallahuddin Ayob menang dengan jumlah undi tertinggi iaitu sebanyak 753 undi - mengekalkan jawatan yang dimenanginya pada 2009.
Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa turut menang bagi jawatan tersebut dengan 660 undi.
Datuk Mahfuz Omar turut mempertahankan jawatanya dengan 616 undi.
Pengumuman tersebut dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
Sebelum ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diisytiharkan menang tanpa bertanding jawatan Presiden bagi penggal kelima berturut-turut.
Hasil keputusan berkenaan menyaksikan barisan kumpulan profesional menguasai kepimpinan PAS bagi sesi 2011/2013.
Kemenangan Mohamad sekaligus menggagalkan usaha penyandang jawatan itu sebelum ini, Nasharudin Mat Isa bagi mempertahankan jawatan yang dimenanginya sejak 2005 apabila mendapat undi terendah pada pemilihan parti itu kali ini dengan 224 undi.
Kemenangan Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dari kumpulan profesional memecahkan dominasi kepimpinan ulama bagi jawatan berkenaan.
Sementara itu bagi jawatan Naib Presiden, Sallahuddin Ayob menang dengan jumlah undi tertinggi iaitu sebanyak 753 undi - mengekalkan jawatan yang dimenanginya pada 2009.
Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa turut menang bagi jawatan tersebut dengan 660 undi.
Pengumuman tersebut dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
Sebelum ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diisytiharkan menang tanpa bertanding jawatan Presiden bagi penggal kelima berturut-turut.
Hasil keputusan berkenaan menyaksikan barisan kumpulan profesional menguasai kepimpinan PAS bagi sesi 2011/2013.
No comments:
Post a Comment