http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0503&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
Eskay janji pendedahan baru
KUALA LUMPUR 2 Mei – Masa depan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bertambah kelam, kerana satu lagi pendedahan menggemparkan negara akan dilakukan bekas rakan baiknya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, minggu depan.Menurut Shazryl Eskay, pendedahan itu kelak, mempunyai implikasi yang jauh lebih besar berbanding rakaman video seks yang wajah pelakunya mirip Anwar kerana ia dikatakan melibatkan soal negara.
“Apa yang saya boleh beritahu ia pendedahan yang cukup besar. Implikasinya jauh lebih besar berbanding rakaman video seks Anwar. Perkara ini melibatkan kepentingan negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Shazryl Eskay berkata demikian ketika diminta mengesahkan tentang desas-desus bahawa satu lagi pendedahan besar bakal berlaku minggu depan membabitkan Anwar, selepas beliau bertanggungjawab mendedahkan rakaman video seks baru-baru ini.
Dalam pada itu, ditanya mengenai cabaran Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa supaya beliau bersama dua lagi trio ‘Datuk T’ menjalani ujian poligraf, Shazryl Eskay mengalu-alukan cabaran tersebut.
Katanya, mereka sedia menjalani ujian poligraf bagi mengesan sama ada terdapat pembohongan atau tidak dalam isu video seks tetapi dengan syarat, Anwar juga perlu sama-sama menjalani ujian tersebut secara terbuka.
Sambil menyindir Husam yang seolah-olah tidak percaya kepada janji Allah terhadap sesiapa yang melakukan sumpah laknat, Shazryl Eskay berkata, beliau berani kerana yakin dirinya berada di pihak yang benar berbanding Anwar.
“Alhamdulillah... Saya terima cabaran tersebut dan sedia untuk menjalani ujian itu secara terbuka. Biar acara tersebut disiarkan secara langsung agar rakyat boleh menilai. Kali ini saya ingin beri penghormatan kepada Anwar terlebih dahulu.
“Saya mahu dia menjalani ujian terlebih dahulu kerana dalam soal sumpah laknat saya sudah mendahului dia. Sebagai pemimpin ‘terhebat’ pembangkang, saya bagi penghormatan kepada Anwar,” jelasnya.
No comments:
Post a Comment