Wednesday, June 29, 2011

DATO' LATT SHARIMAN, KETUA UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH TELAH BERSUARA...

Dato' Latt Shariman telah menghantar artikel ini di ruangan komen blog JKKKPKSS dan ini adalah suatu penghormatan kepada JKKKPKSS. Justeru itu JKKKPKSS menyiarkannya kembali untuk tatapan semua pembaca dan blogger penyokong kerajaan.


June 29, 2011 11:00 AM

Latt Shariman said...

Terimakasih di atas beberapa pandangan menyokong dan mempertahankan kerja buat Umno Bahagian Kuala Kedah termasuk dari JKKPKSS. Bagi saya pandangan jurublog Kedah ke KL telah jauh menyimpang dari fakta sebenar kerana kemungkinannya mendapat maklumat dari 'sumber yang sangat boleh dipercayai' yang tidak berapa boleh dipercayai sangat. Walaupun blogger tidak menyebut Bahagian mana yang dimaksudkan, jelas bahawa bayangan yang diberi tertuju kepada Umno Kuala Kedah oleh kerana disebut ‘bekas Parlimen Md Sabu’ (cuma Kuala Kedah sahaja). Saya terpanggil untuk mempertahankan diri kerana tuduhan yang dilemparkan menyentuh peribadi dan membina sangkaan buruk terhadap saya dan ahli jawatankuasa Bahagian lain yang tekun bertungkus-lumus selama ini. Maka menjadi persoalan saya tentang motif penulisan tersebut dibuat dalam bentuk dan rupa persembahannya.


Saya juga mentalunkan jemputan JKKPKSS untuk melayari blog saya dan Umno Bahagian di www.lattshariman.blogspot.com dan www.1umnokualakedah.blogspot.com untuk mengikuti perkembangan aktiviti kami di kawasan. Alhamdulillah, blog kami sentiasa dikemaskini dan dipenuhi dengan laporan ringkas aktiviti yang diadakan setiap minggu. Kerap kali juga aktiviti masyarakat anjuran Bahagian di Kuala Kedah mendapat liputan akhbar dan media arus perdana. Malah saya yakin bahawa kerja buat kami adalah lebih agresif berbanding wakil-wakil rakyat tempatan dari Pakatan.


Kita menyahut saranan YAB Presiden Umno untuk mendengar denyut nadi rakyat dengan serius. Sejak menjadi Ketua Bahagian tiga tahun lalu dan merupakan Ketua Bahagian termuda di Kedah saya mengambil berat persoalan golongan muda serta aspek perubahan yang diingini oleh rakyat. Lanskap kepimpinan Umno Bahagian telah sedikit sebanyak berubah dengan perlantikan golongan profesional dan muda dalam Jawatankuasa Bahagian (termasuk tiga pakar perubatan dan lima pemegang ijazah sarjana). Ianya mendapat sambutan dari kebanyakan ahli Umno Kuala Kedah kerana selama dua tahun berturut-turut, perwakilan G-7 dimenangi oleh majoritinya golongan muda dan golongan terpelajar bawah umur 39 tahun.


Memang banyak cabaran sukar perlu ditempuhi terutamanya di tempat yang kalah dalam PRU12 seperti Kuala Kedah, tetapi AJK Bahagian serta Cawangan sedang cuba sedaya upaya untuk memenangi semula kawasan Parlimen dan ketiga-tiga DUN dengan kerja kuat dan doa restu ahli-ahli Umno, rakyat tempatan serta rakan-rakan. Isu kewangan yang ditimbulkan juga tidak tepat kerana kedudukan kewangan Bahagian adalah antara yang paling kukuh di negara seperti yang telah dibentangkan oleh Bendahari Umno Bahagian hujung minggu lalu di Mesyuarat Perwakilan Bahagian. Dari aspek bantuan kemasyarakatan, Umno Kuala Kedah juga mempunyai kekuatan sendiri membantu rakyat yang ditimpa bencana kerana mempunyai kelengkapan penyelamat termasuk bot sendiri dan telah dibuktikan kemampuannya semasa bah besar Kedah tahun lalu. Sukarelawan Umno Kuala Kedah yang dipanggil Barisan Kola mempunyai anggota lebih 500 orang membantu mangsa bencana tidak hanya dari Kedah tetapi juga hingga ke Kerian, Perak.


Program yang dilaksanakan di Kota Sarang Semut sendiri terlalu banyak memenuhi kalendar aktiviti tahunan. Dalam keadaan kalah dan tidak terwakil mereka masih boleh membawa pembangunan ke Kuala Kedah atas nama Cawangan serta Umno Bahagian.


Silalah teruskan mengkritik dengan fakta dan niat membantu membawa kebaikan tetapi janganlah sekali-kali mencipta sangkaan buruk serta menyebarkan fitnah.

June 29, 2011 7:35 PM

3 comments:

  1. www.1umnokualakedah.blogspot.com

    tadak 1 posting pun!
    begitu juga puter dll

    ReplyDelete
  2. Anak Seberang...
    http://lattshariman.blogspot.com/

    ReplyDelete