Monday, June 27, 2011

KOLA KEDAH: AKHIR DATO' LATT CIUM TANGAN DATO' JAMIL

Persidangan perwakilan UMNO Kuala Kedah yang berlangsung pada 25hb baru-baru ini. Sebelum mesyuarat bermula, para perwakilan "dijamu" dengan tayangan video aktiviti-aktiviti UMNO KUALA KEDAH yang secara tak langsung telah mengunci mulut-mulut jahat yang dok kata Dato' LATT asyik dok LUAQ kawasan, jarang buat aktiviti.


Lepas tu pula ramai perwakilan yang ternganga mulut tengok video DATO' LATT bersama TUN MAHATHIR yang menyaksikan TUN MAHATHIR memohon kemaafan dari semua perwakilan kerana beliau tidak dapat hadir merasmikan persidangan seperti mana yang dirancang. Depa ternganga mulut sebab kebenaran jelas di depan mata, menafikan suara-suara jahat yang mengatakan DATO' LATT pembohong nak bawa TUN rasmi persidangan Perwakilan KUALA KEDAH!

Sejurus doa di alunkan, ramai yang dok nanti terutama penyokong-penyokong Dato Jamil sebab depa gerenti DATO' LATT akan "taboh" DAto' JAmil cukup-cukup punya ekoran insiden Dato' Jamil dah tutuh Dato' LATT semasa mewakili Dato' LATT merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda. Maklumlah...yang rasmi persidangan tu, DATO AHMAD BASHAH, pengerusi Perhubungan Negeri!



Kecik jangan disangka anak, tetapi itulah DATO' LATT...IQ dan EQ Dato' LATT tak setanding DAto' JAmil dan penyokong-penyokongnya...keseluruhan ucapan DAto LATT hanya berkisarkan kepentingan perpaduan dalam kalangan ahli UMNO KUALA KEDAH sekiranya ingin merampas kembali PARLIMEN KUALA KEDAH yang telah  tewas terduduk 4-0!

Namun yang paling menarik sekali, Dato' LATT langsung tidak menyentuh kelaku tak elok DATO' JAMIL sebaliknya dihadapan seluruh pewakilan, DATO' LATT mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada DATO' JAMIL kerana menjaga KUALA KEDAH sewaktu ketiadaan beliau di bumi Kuala Kedah.

bersambung....

4 comments:

  1. Tahniah Dato' Latt. Kita perlukan pemimpin yang membawa perpaduan, kemakmuran dan keberkatan kepada agama, bangsa dan negara...bukan pemimpin yang ingin mengisi tembolok dan perut busuk mereka sendiri. Zaman pemimpin tamak dah berlalu...hanya pemimpin yang sanggup mengorbankan diri demi rakyat dan negara yang akan terpilih.

    Hidup Dato' Latt.

    (N.Hizam)

    ReplyDelete
  2. no rules hyzme..penyokong kuat dato LATT ni..teruskan menyokong kepimpinan berwibawa!!!!

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih Dato Latt.

    Kembalikan perpaduan Kuala Kedah dengan segera.

    Aku yakin, rakyat sentiasa bersedia untuk beri balik undi mereka kepada UMNO jika terbukti UMNO Kuala Kedah dapat bekerjasama & saling bersaudara baik di antara satu dengan lain disegenap peringkat.

    Ini tak, kita hanya nak mengharapkan undi daripada rakyat, tetapi kita sesama sendiri pun bercakaran, rakyat pun dah naik meluat , benci dan fuxk off kepada pemimpin2 yang macam ni, akhirnya, yang menjadi MANGSA adalah parti.

    untuk pemimpin atasan UMNO Kola Kedah, sudah-sudah la bercakaran, ikutlah & hormatlah tok ketua. Jangan tibai sesama sendiri, tak dak sapa yang untung pun!

    Alangkah baik & bestnya bila kita dapat tengok gandingan tua muda dalam UMNO kola Kedah kembali saling bantu membantu menggerakkan parti.


    ikhlas,
    AloQStaQ

    ReplyDelete
  4. AloQStaQ..betui tu..gandingan TUA dan MUDA adalah yang terbaik....gabungan pengalaman dan cara kerja baru...UMNO KUALA KEDAH pasti mantop!!!!!!

    ReplyDelete