Wednesday, June 8, 2011

MARUAH UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH DICALAR DALAM GELANGANG PEMUDA

4.30 petang 3 JUN 2011, Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO KUALA KEDAH berlangsung, Perasmian oleh EXCO PEMUDA merangkap SU SULIT PERDANA MENTERI, Saudara Soffian Awang, Ucapan Ketua Pemuda penuh bersemangat tapi jd leceh bila Timb. Ketua Bahagian UMNO KUALA KEDAH, DATO JAMIL IDROS berucap!


Apalah DATO JAMIL...cakap berdekah-dekah tak mau jadi CALON dah!!!!bergegaq  dewan UMNO tu bila DATO JAMIL WARNING jangan sapa-sapapun berani tawarkan DATO JAMIL jadi CALON ! DATO JAMIL ajak pemuda KUALA KEDAH bersatu hindarkan fitnah...tup-tup DATO JAMIL tutuh KETUA BAHAGIAN UMNO KUALA KEDAH, DATO LATT SHARIMAN...!!!

DATO JAMIL menganalogikan UMNO KUALA KEDAH sebagai seekor burung yang badannya tak sihat. DATO JAMIL tabur fitnah satu dewan, di depan  hampir 1000 hadirin terutama PEMUDA menggambarkan kononnya UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH di bawah 'pemerintahan' DATO LATT SHARIMAN, pentadbirannya kelam kabut....persidangan perwakilan tahunan masih belum bertarikh sedangkan tarikh akhir perlaksanaan mesuarat agung tinggal 12 hari lagi, namun tiada sebarang notis mesyuarat dikeluarkan!

Semua tahu DATO JAMIL nak TUTUH DATO LATT...nak bagi tau semua orang  DATO LATT tak reti buat kerja. Sebagai TIMB. KETUA BAHAGIAN, sepatutnya DATO JAMIL tak ada keperluanpun untuk beritahu perwakilan pemuda dan pemerhati tentang isu mesyuarat bahagian. Sepatutnya DATO JAMIL boleh dapatkan maklumat dari SU BAHAGIAN tentang mesyuarat BAHAGIAN KUALA KEDAH yang dahpun ditangguhkan.

Sepatutnya DATO JAMIL bagi tahu perwakilan pemuda  bagaimana DATO LATT SHARIMAN adalah  seorang ketua bahagian yang berjiwa besar dan orang yang berjiwa besar harus sanggup menanggung risiko yang besar!

Dalam Persidangan Perwakilan UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH 2009, DATO LATT SHARIMAN telah membawa MENTERI BESAR KONTROVERSI, DR ZAMBRI ABD KADIR untuk berkongsi cerita dengan perwakilan bagaimana percaturan getir BN merampas kembali negeri PERAK. 

Persidangan Perwakilan UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH 2010 pula meyaksikan PERDANA MENTERI, DATO SERI NAJIB TUN RAZAK hadir merasmikan persidangan bertujuan menyuntik semangat ahli UMNO KUALA KEDAH bagi merampas kembali keseluruhan PARLIMEN KUALA KEDAH dan 3 DUNnya!

Tentulah Persidangan Perwakilan UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH 2011 pula yang dirancang, diserikan dengan kehadiran TUN MAHATHIR akan membakar lagi semangat ahli UMNO KUALA KEDAH. Namun keadaan kesihatan TUN MAHATHIR yang tidak mengizinkan merencatkan perancangan murni UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH. Justeru itu pengurusan UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH telahpun membuat permohonan untuk menangguhkan persidangan sementara menunggu keadaan kesihatan TUN MAHATHIR semakin pulih! Semoga pertemuan 2 biji mata antara TUN MAHATHIR dengan ahli UMNO KUALA KEDAH dapat direalisasikan!


Tidak menceritakan kebenaran, sebaliknya DATO JAMIL mengeksploitasi penghormatan yang diberikan oleh DATO LATT SHARIMAN bagi menggantikan beliau di dalam persidangan pemuda. DATO JAMIL bukan sahaja tidak menghormati pentas pemuda, lebih sudu dari kuah....malah DATO JAMIL telah mempergunakan pentas pemuda untuk menghentam secara membabibuta DATO LATT SHARIMAN, semata-mata untuk melampiaskan amarahnya.

Sudah-sudahlah DATO JAMIL, bawalah bertaubat. Sepatutnya bukan NAIB KETUA UMNO BAHAGIAN, Saudara ABD MUTALIB HARUN yang pergi menunaikan UMRAH tetapi DATO JAMIL bagi membersihkan hati beliau!!!!

6 comments:

  1. Salam tuan,
    Sampai bila kita harus berhadapan dengan benda-benda begini?
    Sampai bila kita harus mendengar dan melihat onar yang dilakukan oleh kita sesama kita?
    Sampai bila pemimpin jenis yang suka menggigit kawan akan terus menjadi semak dan reba di depan kita?
    Alangkah baiknya mereka gunakan gigi mereka yang tajam itu untuk menggigit lawan.
    Alangkah...

    ReplyDelete
  2. itu pasallah UMNO Kedah kena dibubarkan... buat UMNO Kedah yang baru... selagi ada MUKA-MUKA BERLUMUT macam si Jamil tuh, selagi itulah UMNO Kedah duk terperengok macam kera korek juboq sendiri!

    ReplyDelete
  3. Salam Saudara, saya setuju tentang apa yang saudara perkatakan mengenai pemimpin umno dan apa yang berlaku dalam persidangan pemuda tetapi yang saya kurang setuju ianya diluahkan di blog dan menyerlahkan lagi betapa lemahnya pentadbiran UMNO Kuala Kedah.

    Selaku ahli umno kuala kedah, telah lama kami ahli-ahli dibawah tahu perkara mengenai tok lat, tok jamil dan hj muthalib malah semua ajk bahagian, yang mana suatu masa dulu berlumba-lumba menawarkan diri untuk bertanding sebagai pemimpin umno kuala kedah, saya merumuskan bahawa semua mereka ini adalah sama atau semacam malah setaraf.

    Setelah sekian lama seperti kita semua tahu perangai Tok jamil, hj muthalib dan ajk kuala kedah, tetapi yg menghairankan kenapa tok lat sebagai ketua tidak dapat mengawal barisan pemimpin bawahannya, malah kami juga dimaklumkan oleh beberapa org dikalangan ajk kuala kedah yang umno kuala kedah tidak pernah mengadakan mesyuarat ajk. maka tidak hairan la sekiranya tok jamil bercakap dipentas pemuda dan ajk bahagian bercakap dikedai-kedai kopi malah rata jalan mengenai perjalanan pentadbiran umno bahagian dibawah tok lat, mereka ketagih nak bercakap tetapi tiada ruang @ pentas, jadi ini lah yang berlaku.

    saya selaku ahli umno mencadangkan agar tuan pandai-pandai memilih apa yang sesuai utk di post sebagai tatapan umum, kenapa perlu kita pakat menceritakan keburukan pemimpin kita sendiri, lebih janggal lagi kerana tuan menggunakan nama JKKKP maka tuan juga pemimpim.

    sekian, pohon maaf sekiranya teguran ini menyentuh sesiapa.

    ReplyDelete
  4. mat panah...inilah pemimpin yg pentingkan diri....janji mereka dapat sokongan dan seterusnya jawatan untuk mengkayakan diri dan keluarga mereka!!!

    ReplyDelete
  5. cucu tokwan...betul tu cucu tokwan...org seperti jamil harus disingkirkan!!!

    ReplyDelete
  6. masih setia...

    itulah silap tok jamil...mengapa perlu bercakap di kedai kopi, di pentas pemuda sedangkan tok jamil sendiri boleh berjumpa dengan DATO LATT untuk berbincang selaku org no 2 bahagian, selaku org tua yang boleh memberi nasihat kpd Tok LATT bukannya menghentam.

    JKKKPKSS menulis berdasarkan fakta, bukannya memfitnah seperti yg dilakukan oleh Tok jamil


    Masih setia...bloglah tempat terbaik utk mendedahkan kebenaran walaupun pahit! dan
    masih setia boleh mengwujudkan blog sendiri utk mempertahankan sesiapa sahaja yg masih setia rasakan perlu!!!

    ReplyDelete