Friday, June 17, 2011

LIM GUAN ENG TAKLAH KECEWA SANGAT....

sebab ada orang yang lebih kecewa iaitu  pemimpin-pemimpin PAS. Merekalah yang paling rasa kecewa kerana gagal memuaskan nafsu Khalifah Lim Guan Eng mereka. Mat Sabu tentu tak panggung kepala bila bersua muka dengan Khalifah LGE nanti kerana telah gagal tugas pertama untuk berbakti kepada TUANnya sebaik bergelar orang no 2 PAS!!!


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_25.htm

Pilihan raya kariah masjid di P Pinang ditangguhkan

17/06/2011 5:27pm

GEORGETOWN 17 Jun – Pemilihan jawatankuasa kariah masjid-masjid di seluruh Pulau Pinang bagi sesi 2012-2013 yang sepatutnya bermula esok, ditangguhkan sementara waktu, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim.
Beliau berkata, keputusan menangguhkan pemilihan itu dibuat selepas Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Ellias Zakaria menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pagi ini.
"Saya baru diberitahu melalui telefon oleh Ellias bahawa hasil daripada satu pertemuan yang telah diadakan di Istana Negara pagi ini, Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid ditangguhkan buat sementara waktu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pemilihan ala pilihan raya yang membolehkan anak kariah mengundi secara sulit untuk memilih pemimpin kariah itu mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk beberapa kariah masjid sendiri.
Kebanyakan umat Islam di negeri ini juga menyifatkan pilihan raya kariah masjid itu hanya membawa perpecahan di kalangan umat Islam selain mengheret masjid ke kancah politik kepartian. – Bernama
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

2 comments:

  1. Komunis mesti tak puas hati dan akan cari jalan untuk lawan titah Agung.

    ReplyDelete
  2. Wake UP...pencacai dia lg tak puas hati....sebab bos dia tak syiok!!!

    ReplyDelete