Thursday, September 26, 2013

TUMPANG KITA BERKUASA..KITA BUAT APA SAJA..!!!

Jangan dibiarkan episod sejarah hitam pembelian helikopter tempur berulang. Demi menjaga keselamatan negara, rakyat dan anggota pasukan keselamatan, belilah apa saja peralatan tercanggih selagi mampu!!! Kita memerintah maka kitalah yang berkuasa menentukan senjata dan peralatan yang perlu dimiliki bukannya pembangkang!!!!JKKKPKSS menyokong penuh sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan dan kementerian pertahanan!!!!


Advanced Super Hornet ditawarkan



Boeing menawarkan pesawat Advanced Super Hornet untuk Malaysia yang kini sedang memerlukan 18 pesawat untuk menggantikan MiG-29s serta bagi tiga pesawat amaran awal operasi udara. - gambar hiasan
KUALA LUMPUR 25 Sept. - Malaysia kini boleh menimbang Advanced Super Hornet bagi keperluan pesawat tempur pelbagai peranan, yang menawarkan ciri-ciri penambahan boleh dipasang semula dengan peralatan lebih canggih baharu termasuk peningkatan 50 peratus dalam keupayaan mengelak pengesanan radar, enjin diperkukuh dan tambahan jajaran 260 batu nautika.
Naib Presiden Boeing bagi Program F/A-18 & EA-18, Mike Gibbons berkata, jajaran tempur tambahan pesawat pejuang itu adalah hasil daripada tangki bahan api yang dapat disesuaikan, yang memberikan kelebihan besar untuk berupaya terbang dengan lebih pantas berbanding tangki luar, menjadikannya lebih hebat berbanding pesawat musuh dan ancaman lain.
Ini, bersama dengan ciri-ciri canggih lain seperti sistem peperangan elektronik yang dinaik taraf, sistem tindakan balas bersepadu dan pod senjata tertutup, telah menarik minat ramai pelanggan berpotensi Super Hornet termasuk US Navy dan Royal Australian Air Force.
Gibbons berkata, ketika ini tidak ada kenaikan harga bagi pakej Advanced Super Hornet kerana Malaysia boleh membeli Block II Super Hornet dan kemudiannya memutuskan apa yang mahu dilakukan kemudiannya dari segi memasang semua peralatan baharu.
Penambahan canggih ini, yang boleh dipasang semula di pesawat sedia ada Block II Super Hornet atau dimasukkan ke dalam pesawat baharu, dimaklumkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pegawai Kementerian Pertahanan semasa kunjungan Gibbons ke sini baru-baru ini.
TUDM dikatakan memerlukan 18 pesawat untuk menggantikan MiG-29s serta bagi tiga pesawat amaran awal operasi udara.
Bergantung kepada apa yang pelanggan mahu, Gibbons berkata, kos tambahan set penuh penambahan itu dan apa yang disifatkan beliau sebagai perubahan evolusi teknologi kepada pesawat tempur terkenal Super Hornet itu adalah kira-kira 10 peratus.
"Kami, Hornet Industry Team, terdiri daripada Boeing dan rakan kongsi kami iaitu Northrop Grumman, Raytheon dan GE Aviation, sentiasa mahu melakukan yang terbaik bagi jet itu yang melangkaui keperluan pelanggan," katanya pada taklimat media.
Ciri-ciri penambahan dipertingkatkan Advanced Super Hornet dijangka tersedia kepada pelanggan seawal 2018, kata Gibbons.
Ciri-ciri canggih tambahan yang boleh didapatkan pelanggan daripada Advanced Super Hornet termasuk kemandirian dipertingkatkan, carian dan jejak inframerah dalaman (IRST), radar yang dinaik taraf, enjin diperkukuh dan kokpit generasi seterusnya.
Penerbangan prototaip Advanced Super Hornet bermula pada 5 Ogos 2013 dari kilang pembuatan Boeing St Louis, Amerika Syarikat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment