Wednesday, September 11, 2013

GURU BESAR SK PRISTINA DIDAPATI BERSALAH

Lihatlah cara pemberitaan..seorang guru besar dilaporkan seperti seorang yang bersalah sedangkan semua tahu cerita yang sebenar. Tapi itulah nasib seorang pemimpin kalau dia berbangsa Melayu di negeri Tanah Melayu..dikelilingi pemimpin Melayu, pegawai Melayu..menyebabkan Melayu terus layu..!!!!


Selepas dua bulan dilanda pelbagai kontroversi silih berganti, guru besar SK Seri Pristana akhirnya memohon maaf kepada ibu bapa atas pelbagai aduan yang dilaporkan terhadap sekolah itu berkaitan kejadian makan dalam bilik persalinan.
Mohd Nasir Mohd Noor, yang mengarahkan murid bukan Islam di sekolah itu makan dalam bilik persalinan pada bulan Ramadan lalu, mengemukakan permohonan maaf dalam satu mesyuarat pagi semalam bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pegawai jabatan pendidikan negeri dan ibu bapa.
Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Mahmud Karim, yang berjumpa dengan Mohd Nasir dan guru sekolah berkenaan pada Rabu lalu, turut hadir di mesyuarat itu.
Mahmud mencadangkan supaya seorang pegawai daripada jabatan pendidikan ditempatkan di sekolah berkenaan sebagai pemerhati sekurang-kurangnya bagi tempoh sebulan
Sekolah itu dilanda kontroversi selepas seorang ibu yang prihatin, Guneswari Kelly, memuat naik gambar murid bukan Islam makan dalam bilik persalinan ketika rehat pada bulan Ramadan. Gambar itu tersebar dalam internet dan menyebabkan kemarahan orang awam.
Berikutan itu, 18 laporan polis dibuat terhadap sekolah itu dan guru besarnya sementara sekolah membalas dengan turut membuat empat laporan polis, mendakwa guru besar dan beberapa guru diugut.
Guneswari dan dua lagi ibu bapa murid bukan Islam menukarkan anak masing-masing ke sekolah lain selepas terdapat aduan mengenai buli dan intimidasi yang dilakukan guru serta murid lain selepas isu itu hangat diperkatakan pada Julai lalu.
Sekurang-kurangnya 10 murid bukan Islam lain dilaporkan mereka juga akan menukarkan anak masing-masing ke sekolah lain.
Turut dilaporkan bahawa guru besar terbabit membenarkan anggota polis masuk ke dalam sekolah dan menebual beberapa murid berhubung laporan polis. Ini menimbulkan kemarahan ibu bapa yang mendakwa anak mereka trauma selepas disoal polis.
Polis terdahulu menafikan mereka bercakap dengan murid tetapi kemudian mengaku ada menemubual murid selepas mendapat kebenaran guru besar.
Setiausaha Kebangsaan Malaysian Tamilan Today, K Gunasegaran berkata, tujuh ibu bapa kepada murid yang terkesan daripada kejadian itu hadir pada mesyuarat yang diadakan di sekolah berkenaan semalam, dan guru besar meminta mereka menarik balik permohonan pertukaran sekolah anak masing-masing ke sekolah lain.
Gunasegaran berkata, Mohd Nasir meminta maaf atas kejadian makan dalam bilik persalinan, membenarkan murid disoal siasat oleh polis tanpa kebenaran ibu bapa dan juga kerana membuli dan mengintimidasi murid yang berlanjutan selepas isu itu menjadi perhatian ramai.
“Saya diberitahu semalam bahawa seorang bapa tidak akan menukarkan anak perempuannya keluar dari sekolah itu selepas permohonan maaf berkenaan.
“Guru besar sudah berjanji kepada ibu bapa kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi,” katanya.
Pengerusi PIBG, Hussein Mohd Ariff mengesahkan mesyuarat itu yang berjalan lancer.
“Sekolah menjelaskan kepada ibu bapa mengenai setiap kontroversi, daripada perspektif sekolah. Mesyuarat berjalan lancar,” katanya yang enggan mengulas lanjut dan menambah pekeliling akan dikeluarkan kepada semua ibu bapa. – 10 september, 2013.

sumber

No comments:

Post a Comment