Friday, September 13, 2013

KERJA TETAP SEBAGAI BLOGGER ATAU BLOGGER KENA CARI KERJA TETAP

blogger macam aku ni kerja tetap dengan kerajaan..aku buat blog cap ayam ni pun sebab atas rasa semangat dan tanggungjawab aku  untuk pertahankan kerajaan yang dok tolong panjangkan rezeki Allah kat aku.. tapi aku rasa tak semua blogger bernasib baik macam aku malah aku rasa majoriti blogger tak ada kerja tetap dan merempat..janganlah dok banding dgn blogger otai atau blogger yg memang dah 7 keturunan kaya raya tu..aku rasa ramai blogger yang nak bayar berokban tiap tiap bulan pun terpaksa korek rata lubang..

kalau kat kedah ni aku rasa majoriti yg dok berblog ni budak budak muda sebab aku dapat RRRasa eneRRRRgi blok depa hebat semacam..selalu up to date..walaupun aku tak pernah kenai depa..tapi aku boleh rasa ramai antara depa adalah blogger sepenuh masa dan hal ini dapat diperhatikan bagaimana blogger-blogger ni tak kenal erti penat..terus memperjuangkan UMNO BN di mata rakyat terutama sepanjang zaman kegetiran kerajaan UMNO BN Kedah antara 2008 hingga PRU 13 2013..tapi lepas BN menang pemimpin kedah pun senang... aku rasa budak budak blogger ni pun sepatutnya patut ikut senang kerana mungkin ada yg dah ada anak bini..mungkin tengah dok himpun duit nak kawin..

apa salahnya blogger dicarikan kerja tetap atau dinaiktaraf jadi blogger umno kedah dengan pendapatan yang tetap kalaupun tak sehebat pendapatan RED BEAN ARMY..(biasalah DAP ni bijak ..selalu nampak peluang..hebat menggunakan peluang dan pandai menjaga peluang) jadi  taklah bila  balik rumah... bini,mak... dok beletiaq marah dengan ayat..kerja mengadap laptop saja 24-7...!!!!

BN dah pun menang, jangan hanya pemimpin yang senang..tapi biaq semua senang termasuklah barisan pejuang maya kerajaan

Akhirkata..buat semua blogger pro UMNO BN di seluruh dunia..terimalah tabik spring 150 juta kali dari aku...dengan ucapan....Buatlah apapun untuk mencari rezeki bagi menyara diri dan keluarga...yang mengkritik tu bukannya tahu bahawa ada perut yang kelaparan...ada mulut kecil yang minta disuapkan!!!cuma jangan sampai gadai agama, bangsa dan negara sudah!!! Hangpalah yang terbaik...!!! hanya blogger yang tahu perasaan, si hati dan isi poket seorang blogger..!!!

sekian dari aku blogger cap nyamuk tiruk saja...heheheh

No comments:

Post a Comment