Friday, September 20, 2013

LAGI PEMBONGKARAN KEJAHATAN DAP


Thedapinsider : Bongkar Penipuan DAP

Terdapat satu blog iaitu http://thedapinsider.blogspot.com/2013/09/cec-tipu.html yang akan menghangatkan lagi pemilihan CEC DAP pada akhir bulan ini. Fokus utamanya adalah membuka pekong pemimpin DAP yang bertopengkan malaikat. Ianya sangat penting bagi mengetahui tindakan DAP yang membuli ahlinya sendiri dan memilih pemimpin kroni bagi memastikan kesinambungan Dinasti Lim. 
berikut adalah beberapa petikan blog tersebut :

PENDAHULUAN

Nama saya Peter dan saya adalah ahli DAP sebuah cawangan di Johor.Saya menyertai DAP sejak tahun 1998.Saya masuk DAP kerana percaya parti DAP memperjuangkan demokrasi tulen untuk rakyat Malaysia.Walaupun saya seorang yang cerdik dan memilki ijazah tetapi saya pun tertipu dengan DAP.Mereka bukan berjuang untuk rakyat Malaysia tetapi berjuang untuk Dinasti Lim.
Kerana saya terlalu lantang melawan Dinasti Lim terutamanya dalam kes penipuan CEC hidup saya menjadi tidak aman.Saya sering diganggu oleh taiko-taiko yang dipelihara Dinasti Lim.Untuk sementara waktu saya melarikan diri ke Indonesia kerana gangguan taiko Lim.Hidup saya lebih aman disini dan saya akan berjuang daripada jauh untuk memastikan semua rakyat Malaysia tahu kejahatan Dinasti Lim.
Tujuan saya membuka blog ini dalam bahasa melayu untuk menceritakan kepada semua rakyat Malaysia tentang kejahatan Dinasti Lim.Saya tidak mahir menggunakan bahasa melayu.Mujurlah ada seorang rakan berbangsa melayu yang pernah bekerja sebagai pegawai seorang bekas wakil rakyat DAP menolong saya. 

No comments:

Post a Comment