Tuesday, September 17, 2013

MELAYU MEMANG TAK PERNAH PEDULI MELAYU

Perpaduan Melayu, persatuan berasaskan Melayu dan semua yang bersandarkan Melayu selepas PRU 13 hanyalah retorik semata-mata. Majoriti mempergunakan Melayu hanya kerana kepentingan masing-masing tergugat. Tapi bila ada anak Melayu yang memerlukan sokongan dari persatuan dan NGO jiwa Melayu ini...hampalah jawabnya!!!!

Dalam masyarakat Melayu tiada istilah persaudaraan Melayu..yang ada hanyalah aku Melayu..kalau hak aku ..hak keluarga aku sebagai Melayu terjejas..aku akan jual nama persaudaraan Melayu tapi kalau demi kepentingan bangsa Melayu..umat Melayu..semua buat bodoh sahaja.

Ambil saja contoh anak Melayu bernama ADAM TUN TUAH yang sedang berusaha menjadi rakyat Malaysia yang ke 2 berjaya menakluk angkasa. Di mana NGO Melayu, persatuan-persatuan Melayu di saat anak Melayu ini memerlukan sokongan dalam bentuk undian di Facebook bagi melayakkan beliau menjadi angkasawan...????? Di mana orang Melayu..???

Yang hairannya bagaimana calon kaum minoriti India boleh meninggalkan ADAM dengan begitu jauh dari segi undian di FB...??? Hebat sangatkah perpaduan kaum India..??? atau teruk sangatkah orang Melayu sehingga undian yang kosnya adalah percuma pun masih gagal untuk bersatu membantu anak bangsa sendiri...!!!!

Mungkinkah semangat pHd yang tinggi dalam kalangan orang Melayu turut menjadi punca kepada kegagalan ADAM untuk menduduki tempat teratas dari segi undian FB..??? Kalau ADAM menang pun bukannya aku dapat apa-apa...buang masa sahaja...!!! ADAM bukannya anak aku yang memerlukan aku bersusah payah mengadap FB tu..!!!

Melayu akan terus layu....

No comments:

Post a Comment