CHINA PRESS : MELAYU BERHUTANG DENGAN CHIN PENG... KEPALA BAPAK KAU CINABENG !
AKHBAR
China Press bertarikh 17 September 2013 memaparkan berita eksklusif
tulisan Lim Ai Shan mendakwa Malaysia berhutang maaf kepada Chin Peng
kerana kononnya melanggar perjanjian damai.
Fang
Shan, bekas rakan perjuangan Chin Peng berkata, Perjanjian Damai Hatyai
membenarkan bekas anggota komunis Malaya pulang ke tanah air tetapi
kerajaan Malaysia melanggar perjanjian selepas melarang Chin Peng
pulang.
“Chin Peng adalah seorang yang berjasa kepada negara, kerajaan terhutang maaf kepada Chin Peng," katanya.
Fang
Shan yang menerima kunjungan daripada akhbar China Press berkata, Chin
Peng telah banyak kali membangkitkan hasrat mahu pulang ke Malaysia dan
walaupun selepas bertahun-tahun menghadapi pelbagai rintangan, beliau
tetap tidak mahu melepaskan hasratnya itu.
“Setiap
kali kami berjumpa, beliau tetap menyatakan hasratnya mahu pulang ke
Malaysia, kali terakhir perjumpaan kami di Bangkok tahun lalu sekali
lagi dia timbulkan hasrat itu. Ini menunjukkan beliau benar-benar mahu
pulang," katanya.
Fang
Shan berkata, selepas kumpulan komunis diterima kembali ke tanah air,
Chin Peng sendiri hadir mengucapkan selamat jalan. Hasrat Chin Peng yang
paling besar adalah mahu pulang tetapi hasrat itu tidak dapat dikotakan
sebelum beliau meninggal dunia.
“Hari
ini Chin Peng telah pun meninggal dunia, saya harap abu beliau dapat
dihantar pulang ke Malaysia supaya Chin Peng dapat memenuhi hasratnya,"
jelasnya.
SELARIKAN SEJARAH ORANG CINA MALAYSIA
AKHBAR
Nanyang Siangpau bertarikh 15 September 2013 pula melalui ruangan
Pendapat YuanLun memaparkan tulisan Phang Sin Cai berkenaan cadangan
selarikan sejarah orang Cina di Malaysia.
Baru-baru
ini saya berpeluang membaca beberapa keluaran majalah pertubuhan Cina
yang meraikan usia 100 tahun penubuhan serta naskhah tarikh peringatan
hartawan dan pejuang (peneroka) kawasan. Tiba masanya untuk mengumpulkan
maklumat dalam majalah serta butiran pejuang setempat supaya dapat
dikekalkan dalam ingatan anak cucu.
Pada
31 Mei 2013 hingga 1 Jun 2013, berlangsung perjumpaan kali keempat
persatuan KuTien, iaitu perjumpaan persatuan persaudaraan KuThien
antarabangsa yang diadakan di Setiawan, Perak. Tajuk pembukaannya juga
menyambut usia 100 tahun persatuan.
Saya
diberi senaskhah majalah berjudul Pejuang Daerah Setiawan, ia mengimbas
kembali ingatan zaman lampau. Pengeluaran majalah pejuang daerah ini
mampu mengumpulkan maklumat yang tersorok.
Penghijrahan
kaum Cina ke Malaysia, sejarah Cheng Ho turun ke Nanyang (Laut Cina
Selatan) sahaja usianya telah menjangkau 600 tahun. Bukit Cina di Melaka
adalah bukti yang kukuh, kawasan perkuburan ini setiap tahun dikunjungi
jutaan pelancong dari China. Malangnya, Bukit Cina tidak dihias indah,
duit daripada industri pelancongan ‘berselerak’ seperti tanah
perkuburan.
Kesan
peninggalan nenek moyang kita berselerak di kota-kota besar,
pekan-pekan dan daerah-daerah seluruh negara. Mereka menggunakan kudrat
satu persatu mencangkul tanah membuka hutan-hutan. Selepas beberapa
generasi barulah menjadi wajah-wajah pekan-pekan dan kota.
Pepatah
zaman dahulu mengatakan, ‘tiada orang Tang, tiada Po’. Orang Tang itu
bermaksud orang Cina, Po itu bermaksud Bandar, contohnya Jilongpo
(Bandar Kuala Lumpur) dan Xingjiapo (Bandar Singapura).
Bekas
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Perhimpunan Agung UMNO
tahun 2002 mengakui, “jika tolak semua bangunan dan pembangunan orang
Cina, pastinya di Malaysia tiada bandar-bandar besar dan pekan-pekan
kecil dan juga hari ini tiada pusat perniagaan dan pusat industri, tiada
wang untuk orang Melayu dapatkan gaji dan elaun serta mendapat bantuan
dan kemudahan-kemudahan infrastruktur."
Hari
ini, peninggalan nenek moyang itu telah dianggap milik negara asing,
sebaliknya mereka melancong ke luar mahu melihat peninggalan dan
pemandangan nenek moyang di luar sana. Ada sesetengah bahasa daerah
keturunan mereka telah bertukar nada, ramai dari daerah itu sudah tidak
tahu menggunakan bahasa daerahnya, ia telah hilang fungsi asal dan
tujuan sebenar.
Penulisan
sejarah daerah dan tempatan serta pengekalan bahan-bahan sejarah orang
Cina bukan sahaja dapat menyedarkan tetapi dihayati oleh muda-mudi Cina.
Ia juga boleh dijadikan bahan bacaan sekolah-sekolah Cina untuk
dijadikan panduan masa hadapan. Mereka boleh mempelajari semangat
perjuangan orang terdahulu, bersemangat gigih mengharungi kepahitan dan
kesusahan.
Sejarah
mampu mengeratkan dan mengiktiraf perhubungan dan budaya di antara
daerah yang mampu membawa kepada kemajuan masyarakat dalam konteks
perpaduan kerana mereka mempunyai hala tuju, semangat dan sejarah yang
sama; membantu semangat kekitaan di negara ini; lancarkan semangat
cintakan tanah air dan menyayangi orang ramai.
Ia
perlu dimulakan dengan penerapan nilai dan zahirkan semangat sayangkan
orang ramai, sama seperti orang-orang yang memperjuangkan pendidikan
sekolah Cina. Mereka boleh saling berinteraksi selain boleh bekerjasama.
Semangat penerokaan orang terdahulu, bukankah ia boleh meninggalkan
nama? Inilah yang sepatutnya pertubuhan Cina tidak memandang ringan dan
lepaskan tanggungjawabnya begitu sahaja.
RASIS BANTU EKONOMI BUMIPUTERA?
AKHBAR
Sinchew Daily News bertarikh 16 September 2013 memaparkan pandangan
rasmi akhbar tersebut berkaitan polisi mengukuhkan ekonomi bumiputera di
dalam ruangan Sudut Pendapat.
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan
meluluskan lima polisi mengukuhkan ekonomi bumiputera, juga dikatakan
membalas budi mereka yang menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan
raya umum (PRU) lepas. Lima polisi ini amat luas, menggunakan dana
berbilion ringgit termasuk dalam sektor pendidikan, perniagaan,
peluang-peluang inovasi serta kuasa pemilikan harta dan saham.
Pada
7 September lalu, kerajaan di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputera
telah umumkan beberapa polisi baharu perkukuhkan ekonomi bumiputera,
dengan jelas ada kaitannya dengan meraih penyokong dan perkukuhkan
kedudukan dalam parti. Dalam cuba raih kedudukan dan sokongan, pada masa
sama pasti tidak dapat memenuhi kehendak semua orang dan ini boleh
menjejaskan pembangunan ekonomi negara.
Kami
pasti dan percaya, perancangan pembangunan ekonomi negara pada
hakikatnya mampu dan boleh tingkatkan ekonomi bumiputera, kecilkan
jurang perbezaan miskin dan kaya, beri kestabilan dan keamanan serta
perpaduan dalam masyarakat.
Selama
ini kerajaan memberi keutamaan kepada bumiputera, sudah nampak
kesannya, pendapatan kasar keluarga bumiputera daripada RM172 sebulan
pada 1970 kini meningkat kepada RM4,457 sebulan, 64.8 peratus keluarga
miskin pada 1970 kini turun mendadak sekitar 2.2 peratus sahaja. Tetapi,
kerajaan tidak lepaskan lagi memimpin tangan bumiputera supaya mereka
lebih gigih, mampu bersaing dan berdikari. Sebaliknya, semakin menambah
polisi imbuhan serta subsidi dan ini jelas membelakangi konsep
globalisasi dan keterbukaan.
Pada
3 April 2009, semasa Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri,
beliau lancarkan slogan "1Malaysia", seterusnya “Model Baharu Ekonomi"
sebagai pengganti kepada DEB. Najib berkali-kali beri jaminan akan
menjadi pemimpin yang tidak mengira warna kulit, perbezaan agama dan
konsep politik, mahu menjadi Perdana Menteri untuk semua rakyat.
Jika
benar, sepatutnya mansuhkan polisi ‘tongkat’ dan ambil kira untuk semua
rakyat, bukan hanya utamakan ekonomi satu kaum. Kumpulan kaum
bumiputera yang lemah sama seperti kumpulan orang Cina serta India yang
lemah dan miskin, sepatutnya kerajaan hulurkan tangan membantu
kumpulan-kumpulan ini juga.
Kerajaan
memberi pakej subsidi kepada bumiputera dikatakan sebagai membalas budi
pengundi, ini bukan polisi untuk seluruh rakyat. Jika mahu timbulkan
isu balas jasa, cuba lihat PRU 1995, 1999 dan 2004, BN mendapat sokongan
padu masyarakat Cina dan dapat terus kekal memerintah, terutama sekali
pada 1999 semasa kemelesetan ekonomi dan kes Anwar Ibrahim yang mampu
menjejaskan PRU. Pada masa itu, BN dapat sokongan penuh pengundi Cina,
adakah orang Cina mendapat dan terima balasan daripada kerajaan?
Keputusan
PRU sebenarnya memberi implikasi dan maklumat bahawa rakyat telah
menolak politik rasis. Sebaliknya, kerajaan melayan rakyat dengan
menjeling mata sahaja, pimpin ke jalan melawan arus, menyebabkan rakyat
rasa begitu hampa.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130919/re_07/ISU-ISU-AKHBAR-CINA#ixzz2fQCTtMke
© Utusan Melayu (M) Bhd
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2013/09/china-press-melayu-berhutang-dengan.html?m=1
Maksudnya Melayu lepas ni ramai2 kena pergi kandang babi untuk minta maaf?
ReplyDelete