Tarikh 4 Januari 2013 adalah satu tarikh titik hitam dalam sejarah DAP.
Kebinasaan terhadap DAP bermula dari tarikh tersebut hasil kerja Dinasti
Lim, Anthony Loke dan Tony Pua.
Pada hari itu Tony Pua membuat pengumuman bahawa terdapat kesilapan
pengiraan undi dalam keputusan CEC yang diumumkan pada pada 15 Disember
2012. Tony Pua memberi alasan ianya berpunca dari masalah penjumlahan
undi yang dibuat menggunakan sistem Microsoft Excel. Alasan yang menjadi
bahan gelak ketawa orang ramai hingga kini.
Sistem komputer dikatakan silap mengira jumlah undi yang diraih Vincent
Wu, calon yang menang di tempat ke 6 dengan dengan bilangan undi 1202
UNDI. Tony Pua menyatakan jumlah undi sebenar yang diraih oleh Vincent
Wu hanya 669 undi.
Bukan hanya itu sahaja, kesilapan bukan setakat Vincent Wu, malah turut
melibatkan undi untuk Zairil Khir Johari. Tony Pua menyatakan undi yang
diterima Zairil adalah 803 undi dan beliau menang di tempat ke 20.
Keputusan yang diumumkan pada 15 Disember 2012 Zairil berada di tempat
ke 39 dengan jumlah undi yang diterima 305 undi.
Perkara tersebut melucukan ahli-ahli DAP dan orang ramai. Mereka
tertanya-tanya kenapa komputer hanya tersalah kira undi Zairil dan
Vincent Wu sedangkan undi untuk calon-calon lain tidak berubah ?
Ramai calon-calon CEC yang tewas termasuk P.Ramasamy dan M.Manoharan
terus terang memberitahu ramai orang bahawa kemasukkan Zairil ke dalam
CEC adalah satu penipuan yang terancang untuk menunjukkan kepada
masyarakat umum bahawa orang melayu mempunyai tempat dalam DAP.
Zairil sendiri pun terkejut dengan kemenangannya dan tidak menyangka
dirinya mempunyai ramai penyokong hingga dipilih masuk ke dalam CEC
walaupun baru menyertai DAP.
Nga Kor Ming pula memberitahu salah seorang pemimpin PAS rahsia
kehebatan Dinasti Lim mempertahankan kuasa mereka selama ini telah
terbongkar. Dengan menggunakan peribahasa melayu Nga Kor Ming berkata
“sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga”. Ianya
membawa maksud sehebat mana pun melakukan penipuan satu hari tetap
terbongkar. Selama puluhan tahun Lim Kit Siang melakukan penipuan dengan
memanipulasi undi perwakilan untuk beliau mengekalkan kuasa, akhirnya
Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony Pua membongkar rahsia tersebut.
Setelah melakukan titik-titik kebinasaan terhadap DAP , di hari yang
sama juga Tony Pua melakukan satu mala petaka terhadap DAP yang boleh
membawa kebinasaan yang jauh lebih teruk terhadap parti itu.
Apa kebinasaan yang jauh lebih besar akan dikongsikan dalam episod akan datang.
No comments:
Post a Comment