Thursday, October 25, 2012

MELAYU BILA SENANG TAK SEDAR DIRI...!!!!

Bangsat sungguh Melayu yang tak sedar dek untung ni..masa susah bantuan kerajaan di tagih tapi bila senang tak mahu bantu Melayu. Melayu lain di anggap pemalas, lebih senang berurusan dengan bangsa lain yang kononnya lebih rajin (rajin bagi rasuah)....lebih tak guna, apabila menentang kerajaan macam Khalid Ibrahim...!!!!!


CEO GLC telah hilang jatidiri Melayu

(Utusan). Kongres Ekonomi Melayu 2012
Hari ini sempena Kongres Ekonomi Melayu 2012 Che Det menegur lagi di mana terdapat pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah tersasar daripada matlamat asal penubuhannya yang sepatut memperkukuhkan ekonomi Bumiputera.
Khazanah Nasional Bhd ditubuhkan untuk memelihara equiti Bumiputera terutama orang Melayu ternyata lemah dari segi ekonomi dan pemilikan ekuiti. GLC yang seharusnya menjaga kepentingan Bumiputera sebenarnya sudah hilang jiwa dan jatidiri Melayu nya.
GLC-GLC ini dipimpin oleh CEO-CEO yang berkelulusan barat yang telah dilatih dengan ilmu ekonomi liberal amalan barat. Keuntungan merupakan matlamat utama. Membantu Bumiputera dan Melayu merupakan liabiliti bagi mereka dan bukan pun KPI utama sebagai penilaian prestasi mereka.
Parut krisis ekonomi 1997 ialah Melayu dan Bumiputera dilihat sebagai kroni. Walaupun kita tidak meminjam dari IMF dan kita menentang Soros penyangak mata wang habis-habis tetapi pemikiran IMF dan Soros telah tertanam di dalam minda pelajar-pelajar kita yang belajar di Universiti Of London, Harvard dan Cambridge.
Mereka-mereka ini lah yang sedang menguasai GLC kita hari ini. Mereka hidup mewah dengan gaji dan saraan hidup yang lumayan dan hanya bercampur sesama mereka dalam kelab elit.
Tidak mustahil generasi selepas ini akan malu untuk mengaku mereka itu Melayu dan Bumiputera. Yang masih kuat memperjuangkan hak-hak Melayu dan Bumiputera ialah mereka yang ‘drop out’ dan terpinggir kerana merasakan mereka harus mendapat pembelaan dari kuasa politik.
 

3 comments:

  1. Memang celaka bila balik dengan acuan Barat. Nak cakap Melayu pun sudah rasa malu.

    ReplyDelete
  2. .Melayu singapork berasa malu dan tahu cakap Melayu.Itu lah Melayu. Melayu mudah lupa

    ReplyDelete
  3. UMNO buat bermacam macam demi agenda Melayu..
    Lantaran Melayu dimartabatkan melalui pendidikan
    Akhirnya Melayu Melayu ini menjadi cerdik pandai dalam bidangnya
    dengan harapan Melayu ini akan mengurus tadbir ekonomi demi bangsa Melayu ..
    apa jadi akhirnya..
    Melayu Melayu ini jadi senang, bangga diri dan yang lebih malang lupa diri..
    Mereka lupa tujuan mereka diperkasakan ..
    Rafizi sekadar chontoh..
    Bila ditubuhkan GLC disalahguna kuasa..
    Bila ada genuine Melayu mahu berbiznis seperti Syed Mokhtar di fitnah..
    Kalau kerajaan UMNO tak wujudkan GLC .. dikatakan UMNO tidak membela Melayu ..
    Bila dibuat untuk kepentingan Melayu... ada yang cepat jadi puaka..
    Mungkin ada baiknya jika Melayu hidup mengikut merit ..
    sedar atau tidak, suka atau tidak, mengaku atau tidak, majoriti melayu sebenarnya masih berjalan menggunakan tongkat dan makan bersuap..

    ReplyDelete