Saturday, October 27, 2012

LAWAK MASA TENGAH SIANG LEMBU KORBAN...

Alamak....hebatnya Nik Aziz...diiktiraf dunia...tp dunia mana errkkk..??? Tapi apa yang nak di hairankan Presiden kata CCTV sama dengan besi, Timbalan Presiden PAS pun hebat juga...landrover, Pajero dan Waja adalah sama...heheh



Muslimat PAS kata kepimpinan Nik Aziz diiktiraf antarabangsa !!
on Friday, October 26, 2012 by Pejuang Bangsa
- No Comments




Nak tergelak betul kenyataan Muslimat PAS yang membodek Nik Aziz agar terus bertanding di PRU 13 bagi pertahan Kelantan . Katanya kemampuan Tok Guru memimpin telah sampai di peringkat antarabangsa !!.....

Hahaha...hebat tu . Tapi mengapa rakyat Kelantan masih terpaksa migrasi mencari kerja di negeri lain ??? Tak kan pelabur tak teringin mai Kelantan kot , bukan ke nama Tok Guru dah terkenal di sampai peringkat antarabangsa ??



“Kami rakyat negeri Kelantan masih perlukan Tok Guru terus memimpin kami. “Walau apa pun kata musuh, tetapi kemampuan Tok Guru terbukti dan diakui oleh semua pihak sampai ke peringkat antarabangsa,” kata Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Beliau berkata, kehebatan dan keistimewaan yang ada pada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyebabkan pemimpin Umno-BN termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad makin resah dan gelisah. Justeru katanya mereka cuba menyerang kepimpinan dan peribadi Mursyidul Am PAS.

“Dr Mahathir dan Umno-BN sudah habis ikhtiar mahu menawan Kelantan sejak 22 tahun lalu. Bermacam-macam senjata mereka cuba termasuk menyerang peribadi Tok Guru,” katanya.
sumber

1 comment:

  1. hahahahaha.... tumpang ketawa je lah utk dakwaan muslimah pas tu. kalau tak betulpun anggap sebagai lawak bodoh tengahari...

    ReplyDelete