Monday, October 22, 2012

BUKAN DI TUKAR TAPI DIBERHENTIKAN...!!!!

Guru-guru pemalas dan penipu macam Maarof, suami cikgu Mala tu sepatutnya diberhentikan sahaja. Atau lebih bermaruah beliau sendiri meletakkan jawatan kerana jiwa penipu beliau dah tak sesuai untuk menjadi contoh terbaik kepada pelajar...



GEMPAR!! Bila Cikgu UMNO PUKUL Cikgu PAS? #PasSukaTipu


Mc ada tertengok satu video di blog pro Pakatan Haram. Tajuk video tu, 'guru tumbuk guru'. Video tu menunjukkan satu sidang media oleh Normala Calon Pas untuk PRK Tenang dulu. Dalam video tu, Normala dok merepek mengenai penganiayaan cikgu-cikgu pro Pakatan di Sekolah.

Katanya, ada cikgu yang dipecat, ditukar, diberi amaran dan bermacam-macam lagi. Malah si Mala KFC ni juga bercerita mengenai seorang guru Pro Pas yang dibelasah oleh Cikgu Pro UMNO. Mc taktaulah sejauh mana kebenaran cerita tu. Benarkah cikgu yang pukul tu Pro UMNO. Sebab takdak bukti pun. Hanya Mala KFC yang kata Cikgu Pro UMNO. Boleh percaya ka kata-kata Mala KFC ni?

Namun apa yang si Mala ni tak cerita pulak ialah tentang perangai cikgu-cikgu pro Pakatan yang selalu ponteng kerja semata-mata nak berdemo, berpolitik dalam kelas semasa mengajar, menghukum dan mengagalkan pelajar yang bertentangan ideologi politik dengan mereka.

Bila seseorang guru yang diamanahkan untuk mendidik pelajar, menyalahgunakan kuasa mereka dengan menghukum pelajar yang tak sefahaman. Apakah tindakan seperti itu tidak patut diambil tindakan?

Kita selalu di longgokkan dengan cerita ramai cikgu yang menyokong pembangkang mempunyai masalah disiplin. Bila mempunyai masalah disiplin, tentunya pihak pentadbir sekolah akan mengambil tindakan kepada guru tersebut. Takkan nak tengok saja bila masalah dah keterlaluan.

Bila dah diambil tindakan, mulalah cikgu-cikgu tadi tak puas hati dan menyalahkan pentadbiran, sedangkan mereka tidak nampak diri mereka yang bermasalah.

Sama seperti suami si Mala ni yang kononnya MC cuti sakit, tapi sebenarnya pergi meneman si Mala KFC ni berkempen (PRK Tenang). Apakah itu bukan satu pembohongan? Takkan pihak kementerian dan sekolah nak tengok saja cikgu yang menipu tentang MC nya dan berpolitik secara terang-terangan?

Jadi, segala punya masalah ini sebenarnya datang dari guru itu sendiri. Bila mereka bermasalah, mereka berpolitik dan tak ikut peraturan menjadi seorang guru, sudah tentunya mereka akan di ambil tindakan.

Semuanya ini demi menyelamatkan anak bangsa dari terus dimomokkan dengan politik dimasa mereka hanya perlu belajar. Kita taknak otak mereka diracuni dengan politik kotor puak pembangkang.

Lainlah Pas yang menubuhkan PASTI dan SAR tajaan Pas, semata-mata untuk meracuni budak-budak kecil untuk membenci kerajaan.

Mc sendiri pernah lihat seorang budak darjah 2 meludah gambar Tun Dr Mahathir, kerana mempercayai Tun orang jahat. Bila Mc tanya siapa yang beritahu dia macam tu, dia jawab 'cikgu'.

Apakah kita mahu otak dan minda anak-anak kita dirosakkan sebegitu? Atau kita perlu mencegah cikgu-cikgu durjana Pakatan Haram ni dari terus berpolitik didalam kelas?

Atas sebab itulah mereka dipindahkan tanpa henti, hanya untuk membuat mereka insaf, dan fokus terhadap kerjaya, tetapi puak ni mana ada otak, mereka hanya melihat diri mereka betul dan orang lain salah.

Kalau Mc, biar pecat saja cikgu macam tu. Menyusahkan orang, dan menghabiskan duit rakyat bayar cikgu yang tak berguna dan merosakkan negara!!


McTheory:
Depa yang jahat, UMNO juga yang salah!!

sumber

No comments:

Post a Comment