Bila Haron Din Pun Takut Nak Tegur Anwar... Jadilah Dia Ulama Bisu.
Mungkin haron din mengambil ikhtibar tentang
apa yang berlaku pada hasan ali bila dia menegur anwar ibrahim, jadi haron din
pun mengambil sikap "play safe" tentang tindakan anwar menyokong penulis
berpahaman libral dari india itu, cukup sekali dia di tibai teruk oleh
rakan-rakan liberal dalam pakatan, dia tak mahu di jadikan sasaran lagi, baca
artikel di bawah...
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din
baru-baru ini mengeluarkan ‘pesanan’ kepada masyarakat agar jangan kaitkan PAS
dengan tindakan Anwar Ibrahim yang melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen
India, Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal dan juga semua tindakan dan
kenyataan Anwar yang bersifat liberal.
Perlu diingatkan bahawa Anwar sebelum ini juga
membela buku Salman Rushdie, The Satanic Verses yang menghina Islam dan
Rasulullah SAW sebagai karya agung. Dan Anwar juga berpandangan bahawa tindakan
umat Islam membantah filem Innocence of Muslim sebagai berlebih-lebihan.
Bagi penulis, jika dibaca beberapa sedutan dari
buku Mobashar, mungkin tidak salah jika dikatakan bahawa jika fahaman liberal
boleh diukur, maka tahap liberalis Anwar adalah jauh lebih tinggi dari Mobashar
yang masih berpegang kepada Islam sebagai agama yang lebih tinggi tetapi di masa
yang sama berpegang kuat kepada jatidiri bangsanya, India.
Namun, kita bukan ingin membahaskan identiti
atau fahaman yang dipegang oleh Mobashar kerana Mobashar tidak ada kena mengena
dengan politik dan rakyat Malaysia. Malah, dari kenyataan Harun Din yang
menolak sebarang kaitan PAS dengan tindakan Anwar, secara automatik bermaksud
identiti dan fahaman Anwar juga tidak wajar lagi dijadikan subjek perbahasan
kerana kenyataan itu sendiri pada dasarnya telah mengesahkan siapa dan apakah
Anwar iaitu berfahaman pluralis dan berpendirian liberalis.
Justeru, apa yang tinggal dan yang paling
penting untuk dibahaskan di sini ialah pendirian Harun Din atau PAS dalam
menangani subjek ‘Anwar’ ini.
Kata Harun Din, “Tidak mengapa, itu pandangan
politik dia (Anwar) dan dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (maka) dia
buatlah. Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP
dengan DAP,”
dan,
“Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak
asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita. Kami dalam
PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam.”
Mungkin Harun Din perlu diingatkan bahawa Anwar
Ibrahim itulah yang akan PAS angkat menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat
menang dalam pilihanraya kali ini atau jika berjaya mengambil alih kerajaan
melalui jalan belakang.
Mungkin Harun Din juga perlu diingatkan bahawa
jika PR memerintah, PAS perlu mengambil kira pendapat dan pendirian Anwar yang
liberal dan juga DAP yang memusuhi Islam, dalam mentadbir negara ini. Lebih
dahsyat, PAS bukan saja perlu mengambil kira, tetapi menurut apa saja keputusan
Anwar yang berlandaskan fahaman liberal itu memandangkan beliau adalah Perdana
Menteri.
Dan PAS juga tidak akan berjaya seratus peratus
menentang pendapat dan keputusan DAP yang memusuhi Islam berdasarkan apa yang
dapat dilihat hari ini di mana PAS sering mengalah kepada DAP.
Di tambah dengan kedudukan Anwar sebagai
Perdana Menteri yang lebih cenderung terbuka kepada pendapat DAP dari PAS maka
apakah jaminan Harun Din yang negara ini tidak akan di bawa arus liberal dan
plural di bawah pemerintahan PR?
Hakikatnya, bagi Haron Din untuk menidakkan
kaitan PAS dengan Anwar atau DAP adalah sama dengan menyatakan bahawa beliau
tiada kaitan dengan isterinya sendiri.
Sepertimana dalam satu perkahwinan di mana
suami isteri tinggal serumah, tidur sebilik, menjalani kehidupan, mendidik dan
membesarkan anak bersama, tidak mungkin dapat menafikan kaitan antara satu sama
lain, tak kiralah walau kedua-duanya tidak sependapat dalam banyak perkara.
Setiap keputusan dalam rumahtangga juga selalunya terpulang kepada pihak yang
lebih dominan, tak kira suami atau pun isteri sementara pihak yang pasif akan
terpaksa menurut.
Begitulah juga kerjasama PAS-DAP-Anwar di mana
yang dominan akan membuat keputusan akhir dan yang pasif akan sentiasa menurut
saja.
Nampaknya, Haron Din masih berada dalam keadaan
‘penafian’ (denial) mengenai hubungan PAS dengan Anwar dan juga DAP. Sama ada
kerana terlalu sayangkan jawatan di dalam PAS, terlalu sayangkan parti atau
terlalu ego untuk mengaku kesilapan PAS atau diri sendiri kerana bekerjasama
dengan Anwar/DAP, maka Haron Din telah memilih untuk terus menerus membohongi
dirinya bahawa hubungan itu adalah benar.
Dengan ini beliau berharap akan terlepas dari
dosa bersubahat memenangkan kafir harbi dan menjulang seorang liberal, plural,
perasuah, peliwat dan penzina sebagai Perdana Menteri.
Ketahuilah bahawa Harun Din boleh membohongi
diri sendiri atau beberapa kerat penyokong totok PAS yang benak tetapi Harun Din
tidak boleh membohongi Allah SWT bahawa hubungan PAS dan Anwar itu adalah umpama
pak turut dengan Ketua.
Jika PR menang PRU dan Anwar ingin
memperkenalkan dasar-dasar liberal maka PAS mungkin boleh membantah secara lisan
dan boleh berdebat mengenainya di parlimen. Tetapi setakat itu sahajalah yang
dapat PAS lakukan.
Tidak mustahil PAS tidak akan mampu mengkritik
apatah lagi mengecam dasar-dasar liberal yang bakal diperkenalkan Anwar, tanpa
ditempelak atau disenyapkan terus.
Ketika itu, terpulanglah kepada Harun Din jika
masih ingin membohongi diri bahawa beliau tidak terlibat dengan keputusan Anwar
kerana apa jua alasan yang diberi, sudah tidak bererti lagi. Apabila Anwar
menjadi Perdana Menteri, air mata darah juga tidak mungkin mampu mengembalikan
Islam di tempatnya yang eksklusif dalam perlembagaan negara sepertimana yang
dilakukan oleh Barisan Nasional. Pada ketika itu juga, jangan sekali-kali kita
lupa untuk mengucapkan tahniah kepada Haron Din.
No comments:
Post a Comment