CEO GLC telah hilang jatidiri Melayu
(Utusan). Kongres Ekonomi Melayu 2012 |
Hari
ini sempena Kongres Ekonomi Melayu 2012 Che Det menegur lagi di mana
terdapat pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah tersasar
daripada matlamat asal penubuhannya yang sepatut memperkukuhkan ekonomi
Bumiputera.
Khazanah
Nasional Bhd ditubuhkan untuk memelihara equiti Bumiputera terutama
orang Melayu ternyata lemah dari segi ekonomi dan pemilikan ekuiti.
GLC yang seharusnya menjaga kepentingan Bumiputera sebenarnya sudah
hilang jiwa dan jatidiri Melayu nya.
GLC-GLC
ini dipimpin oleh CEO-CEO yang berkelulusan barat yang telah dilatih
dengan ilmu ekonomi liberal amalan barat. Keuntungan merupakan matlamat
utama. Membantu Bumiputera dan Melayu merupakan liabiliti bagi mereka
dan bukan pun KPI utama sebagai penilaian prestasi mereka.
Parut
krisis ekonomi 1997 ialah Melayu dan Bumiputera dilihat sebagai kroni.
Walaupun kita tidak meminjam dari IMF dan kita menentang Soros penyangak
mata wang habis-habis tetapi pemikiran IMF dan Soros telah tertanam di
dalam minda pelajar-pelajar kita yang belajar di Universiti Of London,
Harvard dan Cambridge.
Mereka-mereka
ini lah yang sedang menguasai GLC kita hari ini. Mereka hidup mewah
dengan gaji dan saraan hidup yang lumayan dan hanya bercampur sesama
mereka dalam kelab elit.
Tidak
mustahil generasi selepas ini akan malu untuk mengaku mereka itu Melayu
dan Bumiputera. Yang masih kuat memperjuangkan hak-hak Melayu dan
Bumiputera ialah mereka yang ‘drop out’ dan terpinggir kerana merasakan mereka harus mendapat pembelaan dari kuasa politik.
Memang celaka bila balik dengan acuan Barat. Nak cakap Melayu pun sudah rasa malu.
ReplyDelete.Melayu singapork berasa malu dan tahu cakap Melayu.Itu lah Melayu. Melayu mudah lupa
ReplyDeleteUMNO buat bermacam macam demi agenda Melayu..
ReplyDeleteLantaran Melayu dimartabatkan melalui pendidikan
Akhirnya Melayu Melayu ini menjadi cerdik pandai dalam bidangnya
dengan harapan Melayu ini akan mengurus tadbir ekonomi demi bangsa Melayu ..
apa jadi akhirnya..
Melayu Melayu ini jadi senang, bangga diri dan yang lebih malang lupa diri..
Mereka lupa tujuan mereka diperkasakan ..
Rafizi sekadar chontoh..
Bila ditubuhkan GLC disalahguna kuasa..
Bila ada genuine Melayu mahu berbiznis seperti Syed Mokhtar di fitnah..
Kalau kerajaan UMNO tak wujudkan GLC .. dikatakan UMNO tidak membela Melayu ..
Bila dibuat untuk kepentingan Melayu... ada yang cepat jadi puaka..
Mungkin ada baiknya jika Melayu hidup mengikut merit ..
sedar atau tidak, suka atau tidak, mengaku atau tidak, majoriti melayu sebenarnya masih berjalan menggunakan tongkat dan makan bersuap..