'Sekolah tak berniat politikkan isu BERSIH 3.0'
Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Johor Baharu yang
mengeluarkan soalan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkaitan
perhimpunan BERSIH 3.0 menjelaskan pihaknya tidak berniat untuk
mempolitikkan isu itu.
"Kita tidak berniat untuk mempolitikkan (perkara ini). Kita tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.
"Kita hanya menekankan nilai-nilai murni, tentang kerosakan yang berlaku
(semasa perhimpunan)," kata Wan Hajasham Harun kepada wartawan ketika
diminta menjelaskan kontroversi sekitar soalan untuk kertas Pendidikan
Moral tahun ini.
Kertas soalan yang bersebar di laman sosial Facebook itu memuatkan dua
gambar semasa berlakunya perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.
Dengan
merujuk kepada gambar yang diberi, soalan itu bertulis "Adakah wajar
atau tidak bagi seseorang warganegara itu untuk menyertai perhimpunan
haram?".
Sementara itu, ditanya sama ada pihaknya akan memohon maaf berhubung kejadian itu, Wan Hajasham berkata:
"Saya akan respons kepada pejabat pelajaran daerah dan kementerian
sekiranya perkara itu dibangkitkan," katanya sambil menambah perkara itu
tidak berbangkit setakat ini.
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zarkashi semalam menjelaskan,
kementeriannya tidak mendapat sebarang aduan mengenai perkara itu dan
menyerahkan kepada pihak sekolah untuk bertanggungjawab.
Beliau bagaimanapun berpendapat, jika perkara itu berlaku, soalan itu
tiada masalah selagi tidak melibatkan sensitiviti kaum, agama atau
menghina mana-mana individu.
Kenapa nak minta maaf? Memang ke BersHIT tu perhimpunan haram? Dah lah tutup periuk nasi orang, rosakkan kereta polis, maki hamun macam haram, buat onar lagi... Tak adanya sensitiviti kaum, agama dsb, memang tak ada kena mengena pun. Inilah dia cabaran bagi guru untuk mengajar anak murid, lagi-lagi Pendidikan Moral. Berapa ramai guru yang mempraktikkan 36 nilai murni dalam Pendidikan Moral?
ReplyDelete...dan saya harap Kementerian teruskanlah usaha ini. jangan sampai anak pelajar kita dapat 10A+ SPM tapi perangai tahap 10G. Berapa ramai yang belajar tinggi2 tapi kelakuan dan mentaliti macam orang yang tak ada pelajaran, bahkan lagi hina dari itu. Biar kita jadi bangsa bermaruah, jangan jadi bangsa baruah.
ReplyDelete