Wednesday, October 31, 2012

MEDAN MINYAK BARU : KELANTAN TAK NAK TUNTUT DULU KE..????

Kelantan tak nak tuntut royalti ke..bg tau rakyat..laut tu tak ada sempadannya....air laut tu smpai jgk ke pantai kelantan..hehe
 

Pengumuman Penemuan di Medan Minyak Bertam

Posted in Speeches on Date October 31st, 2012

1. Dengan besar hati saya ingin mengumumkan bahawa saya telah diberitahu oleh pihak PETRONAS, yang mana salah sebuah usahasama minyak dan gas atau ‘Production Sharing Contract’ terdiri daripada anak syarikat PETRONAS, iaitu PETRONAS Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil telah baru-baru ini menemui penambahan rizab minyak di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM 307.
2. Dengan penambahan rizab ini, medan minyak Bertam kini dianggarkan mengandungi jumlah isipadu asal keseluruhan atau ‘oil in place’ sebanyak 64 juta tong. Bergantung kepada keputusan kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersial, pengeluaran minyak dijangka akan dicapai pada suku ketiga tahun 2014 dengan sasaran pengeluaran berjumlah antara17,500 hingga 20,000 tong sehari.
3. Medan minyak ini terletak kira-kira 160 km di luar persisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan negeri Pahang, pada kedalaman air 76 meter. Penemuan ini telah membuktikan kewujudan minyak dan gas di kawasan selatan Malay Basin ke arah Penyu Basin. Oleh itu, medan minyak tersebut adalah terletak di kawasan pelantar benua di dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan.
4. Berasaskan pertimbangan yang adil dan saksama, dan mengambil kira negeri-negeri yang telah dibayar wang ehsan sebelum ini, serta komitmen kerajaan untuk terus memastikan pembangunan serta manfaat dapat dirasai oleh negeri-negeri, dalam hal ini, bergantung kepada anggaran pengeluaran, negeri Pahang dijangka akan menerima wang ehsan sekitar 100 juta setahun apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014.

 

No comments:

Post a Comment