MCA TIDAK ANTI-ISLAM, DAP BAGAIMANA?
Seperti cuba untuk menutup kelemahan DAP, Nasrudin dalam blognya
‘menyerang’ Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai mempamerkan "sikap
prejudis terhadap Islam dan syariatnya". Ini ekoran desakan pelbagai pihak
supaya PAS keluar dari Pakatan Pembangkang dan memutuskan hubungan dengan DAP
yang secara terang anti-Islam.
Krisis penjenamaan Pakatan Pembangkang terganggu ekoran rakyat Malaysia
kini sedar bahawa DAP merupakan parti politik anti-Islam yang selama ini hanya
memperalat dan mempergunakan Islam untuk kepentingan politik (mendapatkan undi
Melayu dan memperkudakan PAS) demi mencapai cita-citanya untuk
memerintah.
Dakwaan itu lantas ditepis Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan yang
mengatakan sebaliknya. Tegas Nasrudin, MCA yang sebenarnya
anti-Islam.
Bagaimanapun, dakwaan Nasrdin itu telah dijawab Setiausaha Agong MCA,
Datuk Seri Kong Cho Ha dengan menafikan sekeras-kerasnya bahawa MCA anti-Islam
sambil melontarkan persoalan Adakah PAS juga menganggap DAP sebagai
anti-Islam?
MCA tidak dan bukan anti-Islam dan bukan prinsip MCA berbuat demikian.
Selama bekerjasama dengan komponen BN lain seperti UMNO sebelum merdeka, MCA
tidak pernah mempersoalkan tentang kedudukan Islam sebagai agama rasmi yang
termaktub dalam perlembagaan. Berbeza dengan DAP yang secara terang
mempergunakan Islam demi meangut keuntungan politik
mereka.
Beberepa tingkahlaku pemimpin PAS seperti Nik Aziz yang sebelum ini
dengan tegas membela kerjasama PAS dengan DAP sehingga telah mengguris hati
ahli-ahli dan para penyokong PAS yang kini sudah tidak dapat menahan sabar.
Seperti seorang yang telah buta mata dan hati, Nik Aziz tetap
mempertahankan hubungan PAS dengan DAP dan terus membela Pengerusi DAP
Kebangsaan, Karpal Singh dan Penasihatnya Lim Kit Siang yang berterusan menghina
dan menentang perjuangan PAS untuk melaksanakan hudud.
Juga, tindakan Karpal Singh yang mahu mengambil tindakan undang-undang
ke atas pemimpin PAS, Nasharudin Mat Isa juga tiada sebarang pembelaan daripada
PAS malah menyokong tindakan Karpal itu yang dianggap sebagai keterlaluan.
No comments:
Post a Comment