Pr oh Pr...macam-macam cara digunakan untuk menang...yang pasti Pr bukan tuhan yang boleh mengetahui segalanya...
Kalau kita perhatikan, pecacai Pakatan Rakyat memang serba melawakkan. Biarpun mereka tidaklah berbakat dalam berlawak jenaka, namun hasil kerja mereka amat melucukan. Lebih melucukan lagi ialah, apabila mereka dikerah oleh tuan-tuan besar mereka untuk menangani satu-satu isu bagi memastikan Pakatan Rakyat mendapat mileage yang lebih besar, maka lawak jenaka mereka begitu terserlah, walaupun hakikatnya ianya adalah bodoh dan membodohkan.
Itulah yang berlaku apabila pecacai Pakatan Rakyat cuba untuk membuktikan, projek RAPID di Pengerang amat merbahaya kepada kesihatan manusia, dan hidupan lain. Modus operandi yang sama seperti dalam kes LYNAS, untuk menunjukkan teori mereka benar, maka masing-masing cuba melakukan pembuktikan bahawa projek RAPID yang akan mengancam industri petrokimia di Singapura, amat menjejaskan.
Semalam, berita tentang bangkai-bangkai ikan yang ditemui di pantai Pengerang selain bangkai seekor anjing, cuba dikaitkan dengan projek RAPID.
Bagi orang yang tidak mempunyai otak (hampir kesemua mereka berada dan menyokong Pakatan Rakyat), berita yang disajikan, sekalipun tidak menuduh RAPID yang jadi penyebabnya, akan menimbulkan persepsi dan keyakinan kepada mereka bahawa bantahan yang dilakukan oleh persatuan-persatuan yang didalangi oleh DAP yang kiblat mereka adalah Singapura, dan periuk nasi yang dijaga adalah di Singapura, adalah benar belaka.
Cakap apa-apa pun, terang apa-apa pun, mereka tidak akan percaya. Bahkan menganggap itu semua hanyalah cubaan untuk menipu, menfitnah DAP dan Pakatan Rakyat semata-mata.
Namun yang jelas, projek RAPID itu belum pun bermula. Proses petrokimia masih belum berlaku, bahkan kilang-kilang yang berkaitan juga belum lagi dibina. Kalau semua itu tidak ada, bagaimana pula pencemaran boleh berlaku dan bagaimana pula hidupan berkenaan dikesan mati di pantai Pengerang?
Kes yang sama juga berlaku di Gebeng, apabila kilang LYNAS masih dalam pembinaan tetapi Pakatan Rakyat, khususnya DAP dan PKR berusaha bersungguh-sungguh untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa LYNAS amat merbahaya kepada rakyat Malaysia kerana kesan buruk radiasi. Walhal projek berkenaan belum pun beroperasi dan proses pembinaan kilang masih dalam pembikinan.
Kesan buruk daripada projek-projek yang ditentang oleh DAP dan Pakatan Rakyat, semuanya LEBIH ADVANCED dalam menyebarkan keburukan seperti radiasi dan pencemaran alam sekitar. Pencemaran dan radiasi berlaku sebelum kerja-kerja pemprosesan dijalankan.
Sebut sahaja di Pengerang akan dibina kilang petrokimia RAPID, maka ikan-ikan dan anjing pun mati kerana pencemaran!!!
Lawak sungguh!
Anehnya, di seberang laut Pengerang, tidak pula mana-mana pihak yang menyokong DAP dan Pakatan Rakyat yang menentang projek RAPID berani bercakap apa-apa walaupun projek petrokimia di pulau Singapura itu jauh lebih lama berbanding di Pengerang!!!
No comments:
Post a Comment