Monday, August 25, 2014

SUDAH DI BERI INGATAN..TUNGGU APA LAGI..???

Abaikan semua konspirasi dan tohmahan...Ambik sebagai ikhtibar..Ingatan dari dari Allah untuk menjadi syarikat penerbangan yang lebih hebat dan dihormati!!!

INFO!! Sudah Tiba Malaysia Airlines Wujudkan Uniform Bertudung Untuk Crew Wanita Muslim!



Rasanya dah sampai masa imej Penerbangan Malaysia membawa imej Malaysia yang sebenar. Pramugari yang beragama Islam, sepatutnya diberi pilihan untuk bertudung dan berpakaian tidak seksi.

Mungkin Malaysia Airlines patut tukar imej dan penampilan cabin crew wanita mereka supaya nampak lebih muslimah lepas ni. Kalau taknak muslimah pun, kurangkan baju-baju ketat tu.

Kalau Thai Orient boleh buat macam ni untuk cabin crew wanita Islam mereka kenapa Malaysia Airlines tidak boleh untuk melakukannya?


Saya berpendapat sudah sampai masanya pihak yang terbabit buat tindakan drastik sebegini supaya Malaysia Airlines akan dirahmati dan dipelihara oleh Allah SWT.

Harapan saya agar cadangan ini dapat dipertimbangkan oleh pihak pengurusan MAS bagi kebaikan semua anak kapal dan rakyat Malaysia itu sendiri.

Mungkin kita boleh mulakan hanya untuk penerbangan dalam negara. Kemudian ianya dilaksanakan secara berperingkat.

Jika sekarang ramai artis remaja bertudung.. bahkan semakin manis dilihat. Tak akan kurangkan kejelitaan pramugari kita walaupun mereka bertudung dan berpakaian sopan!

McTheory:
Betul ka dak?

SUMBER

3 comments:

  1. BERTUDUNGLAH KERANA ALLAH DAN BUKAN KERANA MAKHLUK ATAU KERANA TERPAKSA ATAU KERANA MANIS. INNAMA A'AMAL BIN NIAT. LAKUKAN KERANA TAQWA KEPADA ALLAH./SECARA IKHLAS

    ReplyDelete