Monday, August 11, 2014

UMNO JUGAK YANG TERBAIK!!!!

Apo nak di kato!!!!!

8/11/2014
 
0
KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin mengisytiharkan keluar daripada PKR serta merta selepas hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan parti itu.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Selangor berkata, tindakan itu diambil berikutan kegagalan pucuk pimpinan parti menangani isu yang berbangkit daripada kedudukan jawatan Menteri Besar secara berhemah dan menurut tatacara yang betul serta teratur. 

“Cara dan tindakan dilakukan pucuk pimpinan PKR ke atas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jelas terkeluar dan terpesong daripada nilai keadilan yang selama ini diperjuangkan parti itu sejak ditubuhkan 4 April 1999,” katanya dalam satu surat makluman keluar parti yang dihantar kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, petang tadi. 

Keputusan Faekah itu berkemungkinan membawa kepada tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR untuk mengambil langkah yang sama.

Menurut sumber, tiga ADUN dijangka keluar parti dan akan memaklumkan perkara itu dalam masa terdekat selepas kecewa dengan kepimpinan tertinggi PKR yang gagal menyelesaikan kemelut jawatan Menteri Besar Selangor.

SUMBER

No comments:

Post a Comment