Saturday, August 23, 2014
AZWAN BLOCK LEBIH 3000 'FRIEND' APABILA SELFIE GILANYA MENDAPAT KECAMAN DARIPADA PEMILIK MEDIA SOSIAL
Gara-gara gambar ‘Selfie’ ketika ribuan rakyat Malaysia sedang bertafakur bagi mengingati mahas nahas MH17, pengacara Azwan Ali dikritik hebat oleh pelbagai lapisan masyarakat yang tidak bersetuju dengan tindakannya yang dilihat ingin mencari publisiti murahan.
Rata-rata pemilik media sosial merasakan tindakan Azwan itu sangat melampau dan tidak sensitif kerana tidak menghormati perasaan khusus kaum keluarga waris yang sedang bersedih.
“Post (gambar) ini sangat (tidak) sensitif, bayangkan mereka adalah keluarga awak dan apa awak rasa kalau org selfie tempat pengebumian keluarga awak?… gambar ni sangat melampau dan sensitif!…nak block saya silakan..itu saja yang awak mampu buat…lari dari bayang2 diri sendiri…” ujarnya.
Manakala salah seorang rakan kepada mangsa yang terlibat dengan nahas tersebut berkata beliau marah dan sedih dengan tindakan tersebut.
“Kawan saya salah seorang mangsa terhempas disitu, saya x dpt menghadiri ke pengebumian beliau… Lagi saya sedih nampak kamu selfie diri sendiri di tempat penghormatan orang, sampai bila nak dicaci dimaki dibenci dek ramai?…x malu ke?..ana maruah lelaki anda?.” katanya.
Azwan di dalam caption gambar yang ‘selfie’ yang dimuatnaik melalui akaun media sosialnya berkata, beliau bersama rakyat Malaysia sedang bertafakur
“SEMUA KAUM BERSAMA TRULY DIVA AA BERTAFAKUR DI DATARAN MERDEKA 22 OGOS 2014 UTK MANGSA TRAGEDI MH17 ! AL FATIHAH” ujarnya di laman Instagram
Ekoran kritikan dan cemuhan yang diterima itu, Azwan telah menyekat akses mereka dari laman sosialnya.
“YEAYYYYYY MY PA GAJI RM3K SEMINGGU BLOCKED LAMBAKAN #MELAYULAKNATULLAHMSIA! YEAYYYY ! WELL DONE!.
“DAH TAHU DIRI TU SEJIJIK JIJIK.AHLI NERAKA? ADA HATI NAK CROSS ? KANNN DAH KENA BLOCKED ? #MELAYULAKNATULLAHMSIA” ujar Azwan pula.
No comments:
Post a Comment