#PRAYFORGAZA: YAHUDI MULA GELABAH BILA 64 TENTERANYA KOJOL !
Perkembangan terkini menyaksikan tentera Yahudi Israel Defence Force (IDF) memperhebatkan lagi serangan di Gaza dalam Operation Protective Edge yang hari ini sudah masuk hari ke 30 sejak dilancarkan pada 8 Julai lalu.
Pihak Yahudi telah melancarkan lebih 4,000 serangan udara, darat dan lautan yang membunuh lebih 1,900 nyawa rakyat Palestine kebanyakannya kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua.
Berbanding hanya 3,200 serangan roket yang dihalakan ke Israel, banyak yang dipintas oleh sistem anti peluru berpandu Iron Dome namun banyak juga kemusnahan di Israel. Tetapi berita mengenainya disekat penyiarannya oleh Tel Aviv.
Menurut sumber Yahudi lagi kononnya seramai 900 orang pejuang mujahiddin Hamas telah terkorban. Manakala sebanyak 32 buah terowong rahsia Hamas telah berjaya dimusnahkan.
Sebarang cerita mengenai kematian atau kecederaan di pihak IDF akan ditapis terlebih dahulu dan cuba disembunyikan sebaik mungkin oleh pihak tentera Zionis. |
Namun begitu tidak nampak tanda-tanda Israel akan menghentikan serangannya ke atas bumi Gaza. Gencatan sengaja sering dicabuli Yahudi untuk merancang lebih banyak strategi menyerang Gaza.
Dalam masa gencatan senjata, Israel berjaya mendapatkan bantuan ketenteraan dari Amerika Syarikat berjumlah US$225 juta berbentuk sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome untuk memintas roket-roket Hamas.
Sebelum itu Sepanyol menjadi antara negara terbesar penyumbang peralatan tentera ke Israel pada tahun 2013 berjumlah EURO 4.9 bilion selain United Kingdom.
Israel juga telah menghantar 16,000 tentera tambahan menceroboh Gaza semasa gencatan senjata diumumkan.
Beratus buah kereta kebal dan artileri dihantar ke sempadan Gaza, dalam masa yang sama tentera Yahudi terus mengempur dan meletupkan banyak rumah dan masjid yang disyaki menjadi sarang kepada pejuang.
Selepas tempoh gencatan senjata tamat, Israel dengan kekuatan-kekuatan tambahan ini terus mengempur Gaza dengan lebih hebat lagi.
Sebab itulah para pejuang Hamas tidak pernah mempercayai perangai Yahudi yang selalu berdalih dan menipu. (sebijik perangai macam satu 'puak' tu di Malaysia)
Namun pejuang Palestine tidak pernah gentar dengan tentera-tentera Yahudi ini. Mereka terus berjihad hingga ke titisan darah terakhir.
Sebaliknya semakin ramai tentera Yahudi terutamanya tentera-tentera muda yang tertekan dan engkar berperang di Gaza kerana takut mati.
Ini berlaku selepas media-media Israel berterusan menyiarkan rakaman peristiwa pengebumian askar-askar Israel yang terbunuh hingga menyebabkan sebarang berita mengenai kemalangan di pihak Israel terpaksa di tapis IDF terlebih dahulu.
Kereta kebal jenis Merkava milik IDF yang musnah dibedil peluru buatan sendiri pihak pejuang Hamas. Bayangkan jika Hamas memiliki lebih banyak senjata pemusnah sudah tentu hancur Israel. |
Zionis menangis konon....ceh |
Apa pula aksi Anwar dan DAP bila semakin ramai mengutuk kekejaman Israel?
No comments:
Post a Comment