Saturday, August 16, 2014

MEMANG GILA TAPI UMNO YANG SEPATUTNYA BERANI BUAT GILA MACAM NI...!!!!

Malangnya UMNO hanya mempekasakan Sekolah Kebangsaan dengan air liur sahaja. Sedangkan pemerkasaan Sekolah Kebangsaan memerlukan duit. Bayangkan jika Sekolah Kebangsaan ada RM2j dalam bentuk simpanan tetap..!!!!

Berapa banyak aktiviti yang mampu di;alulam olrh pihak sekolah untuk meningkatkan pencapaian dalam pelbagai bidang akademik dan kokurikulum..!!!

Tak dapat nak dibayangkan lonjakan yang mampu dilakukan oleh anak-anak Melayu Sekolah Kebangsaan dengan peruntukan sebanyak itu...






Teng Dedah Peruntukan RM2 juta Untuk Sekolah Persendirian Cina Setiap Tahun

sekolah-persendirian-cina

Akibat terlalu geram dan marah terhadap Menteri Besar Selangor setelah dipecat dari jawatan Exco kerajaan negeri Selangor, Adun Sungai Pinang, Teng Cheng Kim, tanpa berselindung mendedahkan satu 'projek haram' kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) dahulu ysng pernah menyumbang sebnyak RM2 juta kepada semua sekolah persendirian Cina  di negeri itu.

Teng yang kini hilang punca pendapatan setelah dipecat dari jawatanya telah menyasarkan serangan ke atas anggota exco PAS yang masih setia pada Khalid Ibrahim kerana telah membatalkan pemberian peruntukan tersebut.

Menurut Teng, sebelum krisis pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor berlaku, kerajaan negeri yang dinaungi PKR, PAS serta DAP telah sepakat dan berjanji untuk menunaikan permintaan DAP Selangor supaya setiap sekolah persendirian Cina di negeri ini diberi peruntukan sebanyak RM2 juta setiap tahun.

Namun hari ini, Teng menzahirkan rasa kecewanya apabila pemberian peruntukan tersebut pada tahun ini senghaja dilambat-lambatkan. Dalam nada bengang, Teng menyifatkan exco Hal-Ehwal Pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali sebagai seorang munafik dan tidak boleh dipercayai kerana tidak tahu mengenai Rancangan Khalid untuk membubarkan DUN.
Penyambung warisan Sudirman? Biar betik minah ni!
Tindakan Teng membuka pekung pantadbiran kerajaan negeri Selangor semasa di bawah Pakatan Rakyat yang dinaungi DAP, PAS dan PKR telah menimbulkan tanda tanya dari banyak pihak yang mempersoalkan pemberian tersebut yang dianggap tidak adil.

Malah ada pihak beranggapan, pemberian wang sebanyak RM2 juta kepada sekolah persendirian Cina itu sebagai tanda membalas budi terhadap undi kaum Cina di negeri itu yang telah memenangkan PR pada PRU ke 13 yang lepas.

Menurut pendapat pemerhati politik, aksi londeh-melondeh yang sedang berlaku antara pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya DAP dan PAS dilihat akan mengeruhkan lagi hubungan kedua-dua parti tersebut selain memberi kelebihan pada pihak lawan.

No comments:

Post a Comment