Wednesday, August 13, 2014

ADUN PKR MULA MABUK..!!!

Orang mabuk bunuh orang pun salahkan polis. Sama ada Adun PKR ni mabuk atau sedang tension dengan nasib bos mereka yang gagal jadi MB Selangor!!!

Tapi inilah celakanya Adun pembangkang..sepatutnya dia yang jaga semua orang mabuk di kawasan dia tu...


Diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, See Chee How daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendakwa kejadian bunuh dua pelajar terbabit mempunyai kaitan dengan kekurangan anggota polis bertugas, Muhammad Sabtu berkata, pihaknya sentiasa membuat pemantauan di tempat awam termasuk pusat hiburan bagi memastikan keselamatan orang ramai terjamin.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140812/je_02/Kes-bunuh-2-penuntut-Britain-selesai#ixzz3A8Re5iB6
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Kes bunuh 2 penuntut Britain selesai

KUCHING 11 Ogos - Polis berjaya menyelesaikan siasatan kes bunuh dua penuntut perubatan warga Britain di Jalan Abell, Padungan di sini pada Rabu lalu, dalam tempoh kurang seminggu.
Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, kertas siasatan yang sudah lengkap itu akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya dalam tempoh terdekat ini.
Beliau berkata, pihaknya dapat menyelesaikan kes pembunuhan itu dengan segera selepas tertangkapnya lima suspek yang disyaki terlibat dalam insiden terbabit pada hari kejadian.
"Suspek kelima telah ditahan di rumahnya di sini dan direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 4.15 pagi Rabu lalu, Neil Gareth Dalton, 23, dan Aidan Brunger, 22, maut ditikam dengan senjata tajam selepas mereka bergaduh dengan empat lelaki tempatan ketika mereka yang sama-sama mabuk berkunjung ke sebuah pusat hiburan terletak kira-kira 80 meter dari lokasi kejadian.
Mengulas lanjut, beliau berkata, suspek kelima iaitu seorang lelaki tempatan berumur 55 tahun yang tidak bekerja telah ditangkap di rumahnya di kawasan Synergy Square, Matang di sini.
Diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, See Chee How daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendakwa kejadian bunuh dua pelajar terbabit mempunyai kaitan dengan kekurangan anggota polis bertugas, Muhammad Sabtu berkata, pihaknya sentiasa membuat pemantauan di tempat awam termasuk pusat hiburan bagi memastikan keselamatan orang ramai terjamin.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140812/je_02/Kes-bunuh-2-penuntut-Britain-selesai#ixzz3A8SJAvA5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment