DYMM SULTAN SELANGOR BERKHALWAT DENGAN WAN AZIZAH... WARTAWAN BERNAMA MOHON MAAF!!!
Chandravathani Sathasivam mungkin bertanya pada waktu yang salah dan keadaan yang salah. Kalau dia bertanya sebelum ramai budak-budak India yang seronok menghina Islam dan Melayu, mungkin pertanyaannya akan dianggap sebagai sinis atau sindiran atau paling tidak pun, satu bentuk satira.
Namun dalam bahang kemarahan ramai orang terhadap kelumpuhan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara menangani masalah hasutan dan kebencian terhadap Islam serta Melayu-Bumiputera, wartawan BERNAMA itu salah tentang percaturan masa.
Namun begitu, persoalan yang ditimbulkannya memang menarik dan perlu juga difikirkan.
Islam melarang lelaki dan wanita bukan mahram bersunyi-sunyian walau atas alasan apa sekalipun dan tanpa mengira status apa pun. Apatah lagi, yang terlibat dalam Ketua Agama Islam Selangor serta 'Menteri Besar'.
Justeru, bagaimana keadaannya apabila pertemuan antara ketua pentadbir negeri dengan ketua negeri perlu dilakukan memandangkan kedua-duanya adalah beragama Islam dan bukan mahram.
Tidak timbul soal nafsu dan faktor usia kerana fundamental yang telah digariskan oleh Islam memang mutlak dalam bab ini.
Secara peribadi, TFK tidak melihat penghinaan yang dilakukan oleh wartawan BERNAMA tersebut, namun kesilapan percaturan masa, menyebabkan pertanyaannya itu ditanggapi dengan senario menghina DYMM Sultan Selangor serta orang Melayu.
Dengan kata lain, emosi telah mengatasi kewarasan dalam menanggapi persoalan-persoalan yang muncul seperti itu.
Pun begitu, menyedari pertanyaannya akan menghangatkan lagi keadaan, Chandravathani segera meminta maaf kerana telah mengusik sensitiviti orang Melayu walaupun sebenarnya tidak perlu, bahkan sepatutnya dia diberikan ucapan terima kasih.
Setidak-tidaknya, Chandravathani tidak mengatakan, akaun Facebook atau Twitternya telah digodam dan dipalsukan seperti sesetengah orang yang sedang seronok menggunakan alasan tersebut untuk melepaskan diri.

No comments:
Post a Comment