Tuesday, August 5, 2014

PENGUNDURAN YANG DI NANTI..!!!

Tak berani buat kerja yang memerlukan keberanian..??? Tak berani menegakkan keadilan walaupun keadilan diperlukan..??? Berundurlah secara terhormat!!!!

Polis ke nasihat mansuh ISA, batal Jambatan Bengkok dan Batu Putih hilang? UNDURLAH ...




Gani juga yang selalu perlecehkan keupayaan polis dan bersikap tak mahu bekerjasama serta anggap diri lebih hebat dari polis hingga polis kena menyembah ke AG!!!

 Gani Patail perlu berundur

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, perlu berundur secara terhormat kerana beliau disifatkan sudah tidak kompeten untuk bersikap adil dan tegas kepada rakyat Malaysia terutama membabitkan isu yang menyentuh soal perpaduan.

Beliau juga dianggap lemah serta tidak responsif terhadap kegelisahan rakyat terbanyak, selain dilabel gemar melakukan pendakwaan terpilih terutama jika kesalahan itu dilakukan orang Melayu yang mana tindakan segera pantas diambil.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pandangannya secara peribadi, Abdul Gani boleh dianggap sebagai peguam negara yang tamat tempoh dan perlu diganti segera dengan tokoh undang-undang yang lebih cekap, berani dan tegas.

Dakwanya, contoh paling ketara ialah bagaimana Abdul Gani mengenakan pendakwaan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer atas kesalahan mengeluarkan perkataan celaka yang dibuat semasa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

"Semua orang tahu wakil rakyat mempunyai imuniti di DUN mahupun Dewan Rakyat tetapi dalam kes Rayer, pemimpin DAP ini mengulangi perkataan celaka dalam ceramah di luar DUN. Mengapa Peguam Negara lakukan kesilapan ini sehingga kes terpaksa digugurkan?

"Kenapa tiada pendakwaan baharu ke atas Rayer dengan mengambil kenyataan yang dibuatnya semasa dalam ceramah? Sebab itu, bagi saya Abdul Gani tidak kompeten dan sudah tamat tempoh," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rasa tidak puas hati banyak pihak terhadap Abdul Gani yang sehingga kini masih gagal mendakwa Kelvin Yap selepas lelaki itu secara terang-terangan menghina orang Melayu dan Islam menerusi Facebook baru-baru ini.

Berlainan pula dengan kes penceramah bebas, Shahul Hamid yang segera diambil tindakan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan begitu juga dengan kes Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin atau dikenali sebagai Kiki.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad berkata, Abdul Gani perlu berhenti bersikap mahu cuci tangan dalam isu-isu berkenaan apabila membiarkan kerajaan menjadi mangsa kemarahan rakyat, sedangkan beliau dilantik sebagai peguam negara bagi mengurus hal sedemikian.

"Beliau kena jelaskan kenapa Jabatan Peguam Negara lambat bertindak? Apakah kerana tidak cukup bukti atau tidak mendapat kerjasama daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) atau polis sendiri? Jangan membisu dan mahu cuci tangan.

"Kalau beliau tidak mampu memberi penjelasan, Abdul Gani perlu berundur secara terhormat kerana siri kegagalan yang sudah menjadi koleksi beliau sepanjang perkhidmatannyamenyebabkan kegelisahan rakyat terbanyak semakin sukar dibendung," katanya.
SUMBER


3 comments:

  1. Patail laknatullah ini sepatutnya sudah lama dicabut jawatannya. Yg hairan kenapa Najib selaku PM masih sayangkan parasit dan pengkhianat seperti Patail AG ini?

    Bukti apa lagi Najib mahu? Patail ini cuba alihkan salahlakunya pada Polis?
    Dia mahu POLIS sembah dia macam raja untuk buat pendakwaan bebas?

    UNDURKAN AG PATAIL segera!!
    SELAMATKAN MALAYSIA-ISLAM-RAJA MELAYU!

    ReplyDelete
  2. GHANI MEMANG HARAMJADAH DAH MACAM PROKSI DAP JA

    NAJIB PUN NGANGA TENGOK SAJA......TERAJANG JA LA, CARI YG KEMAIH SIKIT AJAR SIKIT MENATANG KAFIR NI

    ReplyDelete