Blogger Sukarela dijadikan MUSUH
KedahTimes petik tulisan dari Blog Pakteh.
Apa yang diperkatakan Pakteh memang banyak kebenarannya. Malah blogger
sukarela dijadikan musuh oleh UMNO dan blogger yang bertuan.
KedahTimes tidak tahu apa alasannya blogger sukarelawan dijadikan sebegitu. Jika takut mereka membuat pusingan 360 darjah, Pihak UMNO perlulah berbaik-baik dengan mereka. Tak perlu belanja berpuluh atau beratus ribu. Air kotak seringgit pun dah kira Alhamdulillah.
Malah blogger sukarela ini digelar dengan pelbagai gelaran.
KedahTimes tetap seperti dulu kini dan InsyaAllah selamanya. Berjuang atas landasan Alif Baa Taa. Selagi ada hayat selagi nyawa dikandung badan, KedahTimes akan mempertahankan Islam, Melayu dan Malaysia.
Malah kini KedahTimes bersetuju dengan mereka yang ingin menegakkan SISTEM KEHAKIMAN
SYARIAH. Dan Hudud bakal menjadi salah satu agenda untuk semua umat Islam memperjuangkannya.
KIMAHU! ...
KedahTimes tidak tahu apa alasannya blogger sukarelawan dijadikan sebegitu. Jika takut mereka membuat pusingan 360 darjah, Pihak UMNO perlulah berbaik-baik dengan mereka. Tak perlu belanja berpuluh atau beratus ribu. Air kotak seringgit pun dah kira Alhamdulillah.
Malah blogger sukarela ini digelar dengan pelbagai gelaran.
KedahTimes tetap seperti dulu kini dan InsyaAllah selamanya. Berjuang atas landasan Alif Baa Taa. Selagi ada hayat selagi nyawa dikandung badan, KedahTimes akan mempertahankan Islam, Melayu dan Malaysia.
Malah kini KedahTimes bersetuju dengan mereka yang ingin menegakkan SISTEM KEHAKIMAN
SYARIAH. Dan Hudud bakal menjadi salah satu agenda untuk semua umat Islam memperjuangkannya.
KIMAHU! ...
Siapa takut berubah?
Sekitar 1999, UMNO masih lena apabila beberapa anak muda memaklumkan
Pas dan pembangkang lain menggunakan media baru seperti laman web dan
chatroom untuk menyebarkan ideologi mereka malah lebih dasyat, segala
fitnah dan adu domba menggunakan kaedah ini. Apabila kehilangan banyak
kerusi parlimen dan DUN malah Terengganu terlingkup, sedikit kesedaran
mulai timbul bahawa media baru adalah satu keperluan dan bukan lagi
boleh dibuat main-main. PRU10 hampir 100% media maya dikuasai
pembangkang malah tidak jika ada sekalipun dipihak BN yang cuba
bertahan, pasti hancur lebur. Ketika itu anak muda yang bersingsing
lengan sanggup mencetak segala maklumat di internet dan disebarkan
dikampung-kampung sehingga ramai yang terpedaya.
Kelemahan PRU10 diambil iktibar sepenuhnya oleh kepimpinan tertinggi
dan dipihak BN mulai ada pejuang maya yang muncul secara sukarela.
Mereka bekerja secara rela hati tanpa paksaan untuk mematahkan hujah
fitnah pembangkang dan akhirnya, PRU11 BN menang bergaya dengan nilai
tambah yang ada pada Pak Lah.
Sayangnya....untuk menghadapi PRU12, jentera maya yang sudah ampuh
ini disepak terajang secara zalim sehinggakan sukar untuk bangun
menentang pembangkang kerana dimusuhi oleh BN sendiri. Natijah dari
kerosakan dalaman ini dan ditambah dengan kekuatan jentera maya
pembangkang yang saban hari melagukan segala fitnah dan rekayarsa jahat,
BN boleh di anggap lingkup dan tertangkup. Perak, Selangor, Kedah dan
Pulau Pinang diambil oleh pembangkang.
Sejak
itu, Blog ini dan banyak lagi blog yang cintakan UMNO/BN muncul secara
sukarela untuk mempertahankan BN. Sejak 2008, niat hati hanya inginkan
BN kembali kuat dan gagah. Tidak ada niat lain samada untuk meraih laba
atau mencari kuasa, tidak ada dan sehingga hari ini dan akan
datang...blog ini akan sentiasa begini.
Pakteh menilai dengan rasa gundah gulana prestasi BN dalam PRU13.
Bayangkan dengan berbiliion ringgit yang dilaburkan oleh DS Najib,
rakyat secara undi terbanyak menolak BN. Cuba nilaikan apa yang
dilakukan oleh pembangkang untuk meraih undi popular?.
Demostrasi...ya...itu sahaja dan tidak ada lain namun gagal ditangani
oleh DS Najib dan barisan kabinet beliau.
BN dibawah DS Najib masih GAGAL menangani perang persepsi. Kewujudan
jentera siber termasuk bertaraf nyamuk @ cap ayam seperti blog ini masih
GAGAL mewujudkan persepsi baik kepada rakyat. Dimana silapnya?
Mengapa jentera maya pembangkang masih utuh dan berjaya memberikan persepsi buruk kepada kerajaan BN?.
Buat masa ini, DS Najib kelihatan masih suka bermain secara
bertahan.....percayalah...dalam bola sepak....kaedah pertahanan terbaik
ialah dengan menyerang. Jika kaedah DS Najib hari ini terus
digunakan.....lambat laun...jika tidak PRU14, mungkin PRU15 BN sudah
menjadi pembangkang.
Lakukan sesuatu.....kegagalan menangani PERSEPSI BURUK oleh rakyat perlu segera diatasi.
p/s: harus diingat.....rakyat bawahan tetap akan memandu teksi,
menoreh getah, menebang buluh, mencari rotan, menjala ikan walau
siapapun memerintah.....jadi jika persepsi BN sentiasa dilihat
buruk....ada aku kisah nak undi PR?
Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2013/11/blogger-sukarela-dijadikan-musuh.html#ixzz2lAezhipR
No comments:
Post a Comment