POLIS BERJAYA BERKAS AHLI PAS PUKUL WANITA UMNO
YAN:
Seorang lelaki yang terlibat dalam kes tumbuk seorang Anggota
Jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Batu di hadapan Sekolah Kebangsaan Ulu
Sedaka di sini pagi Isnin, ditahan polis kira-kira enam jam selepas
kejadian itu.
Suspek
berusia lingkungan 20-an itu ditahan di sekitar kawasan Ulu Sedaka pada
pukul 3.30 petang dan telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah
keterangannya diambil.
Ketua
Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, pihak polis menggiatkan usaha
menjejaki lelaki tersebut setelah menerima laporan mangsa kira-kira
pukul 11 pagi.
"Setelah
siasatan dijalankan, polis berpuas hati dan membebaskan (suspek) dengan
jaminan polis. Namun kita ada hak memanggil semula suspek pada
bila-bila masa sahaja jika perlu bagi meneruskan siasatan," katanya
dalam sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Daerah Yan pada
Isnin.
Pagi
Isnin, Norsidah Abu Bakar yang juga Ketua Wanita Cawangan Bandar Baru
Sentul (1C) mendakwa ditumbuk penyokong PAS ketika merayu undi di
hadapan sekolah itu.
Menyentuh
mengenai jumlah laporan polis dari tarikh penamaan calon bagi pilihan
raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau 23 Oktober
lepas hingga pengundian ditutup 5 petang Isnin, katanya sebanyak 155
laporan polis telah dibuat.
"Pelbagai kes dilaporkan namun semua bukanlah melibatkan kes yang berat," katanya.
Ketika
ditanya mengenai sama ada isteri bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham
Tan Sri Azizan Abdul Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah tampil membuat
laporan polis mengenai adanya pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan
khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan namanya, Ahmad berkata
tiada sebarang laporan diterima setakat ini.
Katanya, pada Isnin polis hanya menerima dua laporan iaitu kejadian tumbuk dan kes mencabut bendera parti.
PRK
DUN Sungai Limau pada Isnin menyaksikan pertembungan satu lawan satu
antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan Mohd Azam
Abd Samat dari PAS dengan Mohd Azam Memenanginya dngan majoriti 1,084.-
BERNAMA
sumber
Alaa... budak pemuda PAS bacul... jika ramai2 boleh laaa... pukui pompuan... cuba jalan sorang2... 1 to 1... ada berani...???!!! Tanya dia cuba pukui bini atau mak sendiri.... skali dijerkah dia, bini atau mak sendiri lari sembunyi kat dapoq.
ReplyDeleteHaaa Lakunan yg tak dapat perhatiang mana pun dari media...Haaa
ReplyDeletejahatnya UMNO BN bukat sahaja lawan tapi geng sendiri pun dibelasahnya konon kerja Pembangkang.. Memang adat berkawan dengan Penjahat jahat la balasan akan dapat..
Tahniah mak cik Kalau nak cari menatu tanya Penyokong UMNO / BN ke PR
Jika UMNO / BN jaga jaga makcik dari kaya dikis hingga Kayap..
Yang jahat itu UMNO / BN Tiada yang paling jahat melaikan UMNO / BN