Tuesday, November 12, 2013

CUTI SEKOLAH 2013 : PAKEJ MELENCONG KE SYURGA DI KELANTAN DAN SELANGOR

Syoknya.. cuti sekolah ni..kalau tak puas bawa anak anak melawat tokong tokong Buddha di Kelantan..kita lajak pi Selangor pula lepas ni..2 buah negeri yang agama rasminya agama buddha kot..selamat bercuti..hati hati di jalan raya


KEDAULATAN DYMM SULTAN SELANGOR DICABAR!


DYMM Sultan Selangor merupakan Ketua Agama Islam di Selangor. Agama Islam pula merupakan agama rasmi Selangor dan Agama Rasmi Persekutuan. Pun begitu, perlembagaan tidak menghalang agama lain kecuali dengan beberapa klausa termasuklah penyebaran agama lain kepada umat Islam dengan apa cara sekalipun, baik secara halus terancang mahupun secara terang-terangan.

Secara tidak langsung, seperti yang digariskan dalam Siyasah Syariah, disiplin ketatanegaraan dalam pentadbiran negara Islam, sebarang simbol atau bangunan untuk agama lain, tidak dibenarkan lebih besar, lebih tinggi, lebih gah atau lebih ternama berbanding simbol atau bangunan untuk kegunaan umat Islam.

Bagaimanapun, keadaan sama sekali berbeza dengan di Malaysia. Malaysia secara umumnya, dari tahun 1957 sehingga 1981 lebih dikenali sebagai Negara Sekular. Hanya selepas pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad barulah wujud keperluan untuk memperkenalkan negara ini sebagai Negara Islam.

PAS menentang keras pengisytiharan Malaysia sebagai Negara Islam kerana menurut PAS, Malaysia belum cukup syarat untuk menjadi Negara Islam memandangkan Malaysia tidak mengkanunkan hukum hudud dan qisas walaupun Malaysia dari awal lagi telah melaksanakan takzir dalam Undang-Undang Syariah yang dikenakan kepada umat Islam.

Itu sebenarnya yang dipegang dan diyakini oleh DAP. Sehingga sekarang, DAP tetap bertegas, Malaysia adalah sebuah negara sekular dan agama Islam hanyalah agama rasmi untuk protokol, bukannya amalan.

Sebarang cubaan untuk memperkecil-kecilkan agama Islam di seluruh Malaysia dianggap sebagai satu cara memperjuangkan HAK ASASI MANUSIA. Manakala agama Islam sekiranya dibela dan disuburkan, dianggap sebagai menjarah HAK ASASI MANUSIA dan menyekat perkembangan serta kemajuan negara.

Justeru, kita boleh mendengar tentang rungutan, bangkangan dan tekanan daripada masyarakat bukan Islam apabila pihak berkuasa mahu membina masjid atau surau atau surau. Bahkan mereka berani pula menyatakan bahawa pembinaan masjid dan surau tidak boleh diadakan di kawasan-kawasan tertentu kerana kononnya penduduk di kawasan berkenaan bukan bermajoriti masyarakat Islam.

Namun pada masa yang sama, mereka berani pula mendirikan patung-patung berhala besar selain pembinaan rumah-rumah ibadat yang bersaiz atau berketinggian mengatasi masjid di kawasan terbabit. Ada juga kes di mana berhala-berhala besar didirikan di kawasan bermajoritikan masyarakat Islam.

Itu yang sedang berlaku di Selangor. Walaupun Exco Agama Islam adalah Menteri Besar sendiri, namun Menteri Besar Selangor bagaikan tidak tahu apa-apa tentang Islam. Bahkan Menteri Besar Selangor dilihat terlalu tunduk kepada desakan serta tuntutan masyarakat Islam yang telah menjadi pengundi paling ramai untuk Pakatan Rakyat.

Pembinaan berhala besar di Pandamaran cuba dijadikan lelucon oleh Charles Santiago, Ahli Parlimen Kelang yang menganggap berhala besar di Pandamaran tersebut sebagai HASIL KERJA SENI YANG MENGKAGUMKAN.

Selama ini, masyarakat Islam tidak pernah membuat rungutan atau menentang sebarang pembinaan berhala atau rumah ibadat masyarakat bukan Islam, tetapi sikap bermegah-megah yang ditunjukkan oleh pemimpin kafir tersebut, nyata sebenarnya bertujuan untuk mengguris perasaan umat Islam dan mencabar kuasa DYMM Sultan Selangor.

Adakah sikap bermegah-megah ini merupakan sindiran kepada kehilangan kuasa orang Melayu-Islam di Selangor setelah orang Melayu-Islam Selangor banyak bertolak ansur untuk menjadikan Selangor sebagai negeri termaju dan terkaya di Malaysia?

Tiada apa-apa yang dapat dilakukan di Selangor lagi nampaknya. Umat Islam dan orang Melayu terpaksa menerima segala jenis penghinaan yang dilakukan oleh kaum kafir kerana majoriti daripada orang Melayu-Islam di Selangor menyokong kuat Pakatan Rakyat.

Umat Islam di Selangor sudah lama membenarkan kewujudan berhala besar untuk Hindu di Batu Caves, gereja Kristian di Bukit Jalil dan kini berhala Buddha di Pandamaran. Cuma masjid terbesar dengan jumlah jemaah teramai dan sentiasa penuh sepanjang masa sahaja yang belum ada di Selangor... dan tidak mungkin ada sampai bila-bila!

SUMBER

No comments:

Post a Comment