Wednesday, November 20, 2013

MAI KITA TENGOK PELUANG PAS UNTUK MEMBODOHKAN KARPAL ATAU MEMBODOHKAN AHLI SENDIRI..???

Pengerusi DAP, Karpal Singh menyelar Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob dan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kerana didakwa tidak mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris.

Mahfuz Omar memang bodoh..tak apalah..tapi Dr Raja Ahmad tu bodoh inggeris juga ke..hehehhe...

Karpal Pooosingh berpusing-pusing..tapi kita nak tengok ramai penyokong PAS yang sanggup menjadi bodoh bersama Mahfuz Omar dan Dr, Raja Ahmad ke atau PAS nak biar Mahfuz Omar dengan Dr Raja Ahmad saja yang dibodohkan..!!!


PANASSS !!!! KARPAL GELAR PEMIMPIN PAS BODOH & JAHIL ?



Pengerusi DAP, Karpal Singh menyelar Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob dan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kerana didakwa tidak mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris.

Jelas beliau, kekurangan itu menyebabkan kedua-dua pemimpin kanan PAS tersebut salah faham berhubung kenyataannya yang menggesa supaya pendaftaran parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan kaum dan agama dibatalkan baru-baru ini.

“Saya terkejut beberapa pemimpin PAS yang jahil Bahasa Inggeris secara terbuka mengkritik gesaan saya. Saya tekankan pada sidang akhbar berbahasa Inggeris tersebut dengan `provideda kaveat’ dalam kes PAS kerana PAS sebuah parti politik yang membuka pintunya kepada kaum lain kerana mempunyai unit dalam kalangan bukan penyokong bukan Muslim.




“Oleh itu saya berharap pemimpin PAS yang mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris dapat menerangkan kepada Raja Ahmad dan Mahfuz apa sebenarnya maksud yang cuba disampaikan dalam sidang media berbahasa Inggeris pada 5 November lalu itu,” katanya melalui satu kenyataan media.

Mynewshub.my semalam melaporkan hubungan PAS dan DAP ibarat retak menanti belah apabila beberapa pemimpin PAS bercakaran dengan Karpal berhubung isu mengharamkan parti politik dan NGO berasaskan kaum dan agama di negara ini.

Konflik bermula apabila Raja Ahmad mendakwa Pengerusi DAP itu seorang pembohong kerana menafikan beliau ada membuat gesaan berhubung pengharaman berkenaan dalam satu sidang media pada 5 November lalu..

Karpal yang berang dengan tindakan Raja Ahmad sebaliknya mendakwa, Naib Ketua DPPM itu yang merupakan seorang pembohong kerana menuduhnya tanpa merujuk kepada transkrip penuh sidang media di Pulau Pinang pada 5 November lalu.

Pengerusi DAP turut menyifatkan Naik Ketua DPPM itu seorang pemimpin PAS yang tidak tahu menjaga tatasusila dan memberi amaran kepadanya supaya menjaga bahasa.

Malah, Karpal berkata, PAS sepatutnya berterima kasih kepadanya selain menyifatkan Raja Ahmad cuma seorang ahli politik `kecilan’ dalam hierarki kepimpinan PAS.

Raja Ahmad membalas kutukan Karpal dengan mendesak Karpal meminta maaf kepada PAS dalam tempoh lima hari mulai hari tersebut atau berhadapan tindakan lanjut.

Mengulas desakan itu, Karpal berkata, permintaan oleh beberapa pemimpin PAS yang jahil Bahasa Inggeris supaya beliau meminta maaf kepada parti itu dalam masa lima hari suatu perkara yang aneh dan tidak wajar.

Sehubungan itu, tegasnya, beliau tidak akan membuat permohonan maaf tersebut hanya kerana disebabkan pemimpin PAS yang tidak faham Bahasa Inggeris telah salah faham mengenai kenyataannya.

“Raja Ahmad yang sepatutnya meminta maaf kepada orang ramai kerana telah memberi kefahaman yang salah kepada masyarakat mengenai kenyataan saya,” tegasnya. – mynewshub.my

SUMBER

No comments:

Post a Comment