Sunday, November 3, 2013

BULUNG APA..???? BULUNG HIJAU..!!! BULUNG APA..??? BULUNG HIJAU..!!! BULUNG APA..??? BULUNG HIJAU..!!!

PAS sudah jadi burung HIJAU...tapi okaylah tu...DAP dah angkat martabat PAS dari kerbau pendek hijau kepada BULUNG HIJAU..!!! Lepas ni silap-silap Cina DAP akan jadikan burung hijau salah satu tokong baru kaum puak cina DAP!!!




Mesej Tersirat Simbol Kempen DAP Di Sg Limau

AIDCNews – 03/11/13 – DAP merupakan sebuah parti pragmatik yang obses dengan simbol-simbol yang memberi pelambangan tertentu.
Simbol asal DAP adalah ‘roket’, namun pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), sesuai dengan slogan ‘Jom Ubah’, DAP memilih simbol baru, simbol binatang yang dinamakan ‘burung ubah.’
Sebagai menandakan DAP mendominasi Pakatan Rakyat (PR) dan tanpa mengira sensitiviti parti kompenan lain, parti cauvanis Cina akan turut ‘memburungkan’ PKR dan Pas.

Mungkin bagi parti liberal seperti PKR, apa-apa imej yang disimbolkan terhadap partinya tidak menjadi masalah, namun bagaimana pula dengan Parti Islam apabila disimbolkan menjadi ‘burung hijau’ ?
Sedangkan ketika Pas diberi mandat semula memerintah Kelantan pada tahun 1990, langkah pertama dilakukan kerajaan parti Islam itu adalah meruntuhkan ‘patung kijang’ di bandar Kota Bharu.
Begitu juga dengan Pas Terengganu apabila diberi mandat memerintah kerajaan negeri pada tahun 1999, langkah pertama mereka adalah merobohkan ‘patung penyu.’
Alasan utama kedua-dua kerajaan negeri yang diperintah Parti Islam itu merobohkan ‘kijang’ dan ‘penyu’ berpegang dengan fatwa ‘haram’ menggunakan simbol binatang.
Kini, Pas seolah-olah dilihat sengaja membiarkan simbol partinya diperlakukan mengikut selera parti bukan Islam, DAP.
Kerana Pas tidak pernah menegur, maka DAP berterusan memburungkan umat Islam termasuk semasa mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri.’
Seperti kuasa veto tangan di belakang DAP menentukan siapakah yang sepatutnya menjadi setiausaha agung parti itu, DAP juga amat teliti dalam menentukan kedudukan nombor satu, dua dan tiga dalam PR.

Kini, timbul lagi persoalan imej dan simbol semasa kempen DAP di Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Limau.
Gambar di atas memaparkan sebahagian wakil DAP Kedah menunjukkan poster yang mempaparkan gambar pemimpin mereka, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng ketika berkempen membantu calon Pas di Sungai Limau, 1 November lalu
Sekali imbas, tidak nampak apa-apa yang istimewa poster kempen itu, namun dua kali imbas ia memaparkan mesej tersirat seperti mana pegangan asas DAP iaitu parti mereka adalah dominasi dalam PR meskipun kawasan itu ditandingi Pas.
Blog Mymassa mengulas lanjut maksud perlambangan itu.
“Dalam gambar di atas, gambar dua orang pemimpin kanan DAP diletakkan di hadapan, bendera DAP di tengah manakala gambar Pas hanya backdrop dalam poster tersebut.
“Sebenarnya gambar yang diedarkan oleh DAP adalah realiti kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat. Dalam pakatan, Pas hanya parti picisan. Mungkin penyokong Pas akan menolak kenyataan ini tetapi di sini MyMassa akan sertakan hujah-hujah yang berkaitan.
“Suka untuk MyMassa ingatkan kembali apa yang berlaku di negeri Selangor selepas PRU 13 yang lepas. Dalam PRU 13, PAS telah berjaya mendapat kerusi paling banyak bersama-sama DAP iaitu sebanyak 15 kerusi manakala PKR hanya berjaya mendapat 14 kerusi.
“Dari segi logik, parti yang mempunyai kerusi paling banyak akan dilantik menjadi Menteri Besar. Tetapi Pas telah menolak untuk menjadi Menteri Besar Selangor lalu kerusi tersebut diserahkan kepada PKR. Di sini timbul persoalan.
“Pas selalu melaungkan bahawa mereka bertanding dalam pilihan raya adalah untuk merampas kuasa dari UMNO seterusnya melaksanakan undang-undang Islam. Anehnya bila mereka berpeluang untuk menguatkuasakan undang-undang Islam di Selangor, mereka telah menolak peluang tersebut. Jadi apa perlunya Pas beria-ia untuk menjatuhkan UMNO?, “dedah blog itu.
Baca selanjutnya di Mymassa.

http://www.anwaraidc.com/?p=40730

No comments:

Post a Comment