Thursday, November 21, 2013

AZIZ KARPAWI BUKA MATA KITA TENTANG DI MANA KEDUDUKAN HUDUD

Tak panggung kepala puak-puak PAS ni bila Ketua Hakim Syarie Kelantan mengaku Kelantan dah boleh laksanakan HUDUD sejak tahun 1993 lagi




Tapi pengumuman Aziz Karpawi  mengenai cadangan melupuskan kereta berumur 12 tahun ke atas telah menenggelamkan isu HUDUD seketika. Jelas PAS mengguna kesempatan ini untuk membebaskan seketika PAS dari belenggu permasalahan HUDUD yang tiba-tiba meletus dengan kehendak ALLAH SWT ,  telah mendorong Ketua Hakim Syarie Kelantan membuka mulut yang seolah-olah telah terkunci sejak 20 tahun yang lalu




Tetapi ada kebaikannya juga Aziz Karpawi mencipta letusan gelombang kemarahan rakyat terhadap cadangan melupuskan kenderaan berumur 12 tahun ke atas. Tindakan Aziz Karpawi memperlihatkan warna sebenar masyarakat Islam di Malaysia yang kononnya meletakkan HUDUD sebagai keutamaan.  Jelas Pemimpin PAS kelegaan seketika kerana dapat berehat dari persoalan bila nak melaksanakan HUDUD di Kelantan bila timbul isu lupus kereta 12 tahun ke atas tapi yang sedihnya jelas HUDUD hanyalah bermain di mulut sahaja bukan di hati pemimpin PAS dan rakyat kerana isu melupuskan kereta berumur 12 tahun lebih melekat di hati mereka berbanding untuk meletakkan perjuangan HUDUD di hati...


1 comment:

  1. Setuju 200% dengan pandangan admin. telah saya katakan dulu bahawa penentangan segelintir " umno" terhadap perlaksanaan hudud, walaupun tidak sampai ketahap penolakan, telah menguntungkan pemimpin pas.... Itu yang mereka nak, itu yang mereka dambakan.... Penentangan hatta sindiran, menjuihkan mulut sahaja pun sudah menjadi modal besar untuk mencanangkan kpd rakyat bhw umno tolak hudud, umno tolak islam. Jika umno setuju, maka mereka gundah gulana, mereka pening, mereka meracau.... Mana ada ikhlas pemimpin pas dgn hudud? Ianya hanyalah alat untuk berkuasa, alat nak kaya, alat nak tipu rakyat, alat nak berbini muda, alat nak populariti semata2.

    ReplyDelete