Tuesday, May 24, 2011

UMNO JANGAN TERLALU ANGKUH!!!!

Jangan terlalu angkuh cabar-mencabar!!!!. Bagaiman pula sekiranya DAP pula mencabar UMNO atau BN letak calon Melayu di kawasan majoriti pengundi Cina. UMNO @ BN akan malu sekiranya calon DAP menerima peratusan undi yang tinggi kalau tak menangpun sebab masih ramai penyokong "pekak, buta dan bisu Melayu PKR dan PAS". Tetapi bertanding di kawasan majoriti Cina, UMNO @ BN pula akan malu bila calonnya hilang deposit nanti!





http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0524&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

DAP dicabar bertanding kawasan majoriti Melayu

MELAKA 23 Mei - DAP dicabar meletakkan calon Cina untuk bertanding di kawasan majoriti pengundi Melayu di negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, selama ini DAP memang terkenal dengan sikapnya yang suka berlagak hero dan tidak pernah mengotakan apa yang dikata.
"Saya tak percaya apa yang DAP cakap. Macam Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dia pernah kata hendak ambil Cina sebagai calon Pas untuk bertanding, tetapi dia hanya meletakkan calon Cina Muslim.
"Pas dan DAP temberang. Kita tengok sandiwara kedua-dua parti ini nanti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam yang mengingatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya berhati-hati dengan gerakan secara berstruktur dan sistematik yang sedang dilakukan DAP dalam usaha merampas tiga negeri pada pilihan raya umum nanti.
Menurut Ahmad Zahid, seperti yang dilakukan oleh parti pembangkang itu di Perak, gerakan serupa juga sedang diatur di Melaka, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan.
Mengulas lanjut, Mohd. Ali yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, beliau ingin melihat sama ada DAP yang selama ini hanya bertanding di kawasan majoriti Cina, berani untuk bertanding di kawasan majoriti pengundi Melayu pada masa akan datang.
"Tak kisahlah mereka hendak letak calon Melayu, Cina atau India, tetapi saya cabar mereka untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu," katanya.

No comments:

Post a Comment