Tuesday, May 3, 2011

TANDA KIAMAT DAH HAMPIR....

Peliknya dunia ini apabila bukan ISLAM lebih memahami betapa pentingnya penyatuan dan perpaduan MELAYU dan ISLAM di negara ini!

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0503&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm

PPP sokong penyatuan UMNO, Pas

KUALA LUMPUR 2 Mei - Parti Progresif Penduduk (PPP) menyokong penyatuan UMNO dan Pas yang dilihat lebih memberi kebaikan pada perjuangan bangsa, agama dan negara berbanding gabungan parti pembangkang sekarang.
Presidennya, Datuk M. Kayveas berkata, pakatan yang disertai Pas dilihat hanya bermain wayang kulit dengan meletakkan matlamat semata-mata untuk merampas kuasa sahaja.
"PPP bersetuju dengan penyatuan itu. Jika Pas ikhlas memperjuangkan Melayu dan Islam, mereka mesti bekerjasama dengan UMNO. Demi rakyat, penyatuan perlu dilihat tetapi jika hendak kuasa sahaja, teruskan bersama DAP.
"Sebanyak 25 peratus ahli PPP terdiri daripada orang Melayu tiada masalah dengan penyatuan itu. Keseluruhan ahli kami yang berjumlah setengah juta orang juga bersetuju dengan penyatuan yang dilihat lebih baik bagi masa depan negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment