Monday, May 30, 2011

ADA BUTUL KA....

Boleh percaya ke atau ini hanyalah satu lagi sandiwara politik bukan Melayu agar Melayu terus tidur lena!!!!

807 anggota DAP P. Pinang keluar parti sertai MIC

29/05/2011 10:56pm

BUTTERWORTH 29 Mei - Seramai 807 anggota DAP pelbagai kawasan parlimen di Pulau Pinang bertindak keluar parti dan menyertai MIC kerana tidak puas hati dengan hala tuju parti itu serta janji kosong pemimpinnya.
Presiden MIC Datuk G. Palanivel berkata, tindakan itu diambil dengan rela hati kerana individu terbabit berpendapat perjuangan mereka dalam DAP sia-sia.
"Mereka bertindak demikian kerana mendakwa parti pembangkang hanya menabur janji kosong, dan apabila masalah rakyat dirujuk, mereka tidak mampu menyelesaikannya. "Mereka juga memaklumkan kepada saya bahawa bantuan yang diterima di kawasan mereka disalurkan oleh Barisan Nasional (BN) dan MIC,” katanya kepada pemberita selepas bertemu masyarakat India di sini malam ini. - Bernama

2 comments: