Friday, May 6, 2011

LAGI KEZALIMAN KERAJAAN PAS KEDAH....

Pelajar UUM tidak berdosa, lagipun UUM bukanlah gelanggang politik malah anak-anak orang PAS turut menuntut ilmu di UUM. Mana pelajar UUM penyokong PAKATAN RAKYAT, buatlah demonstrasi menentang kezaliman ini. Jika kerajaan BARISAN NASIONAL KEDAH boleh memberikan rebet cukai tanah, mengapa KERAJAAN PAS KEDAH tak boleh! Ya ALLAH Ya Tuhanku... Hancurlah Menteri Besar dan kerajaan PAS yang angkuh ini!

http://www.hmetro.com.my/articles/TanahUUMbolehdirampas/Article

Tanah UUM boleh dirampas

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BALING: Universiti Utara Malaysia (UUM), bakal berdepan dengan tindakan undang-undang sekiranya gagal menjelaskan cukai tanah sebanyak RM1.7 juta, selepas kerajaan negeri menolak permohonan universiti itu untuk menyambung semula rebat cukai tanah bernilai RM100,000 setahun.
Sehubungan itu, UUM diberi tempoh hingga 1 Jun depan untuk menjelaskan bayaran berkenaan atau berdepan tindakan denda sebanyak RM91,000 atau tanah mereka akan dirampas. Keputusan itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, selepas Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri menolak permohonan UUM untuk menyambung semula rebat cukai tanah universiti itu.

“UUM diberi masa hingga 1 Jun ini untuk menjelaskan cukai tanah sebanyak RM1.7 juta atau dikenakan tindakan denda sebanyak RM91,000.
“Sekiranya mereka gagal bayar, kerajaan negeri boleh merampas tanah mereka (kampus UUM),” katanya pada sidang media selepas melawat tapak pembinaan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil, di sini, kelmarin.

Pada 21 April lalu, akhbar melaporkan UUM mengemukakan rayuan kali keenam kepada kerajaan Pas Kedah, bagi mendapatkan rebat cukai tanah yang dikenakan ke atas institusi itu.

Ini berikutan lima permohonan mereka sebelum ini yang dibuat sejak 2009 hingga tahun lalu tidak mendapat maklum balas yang baik daripada kerajaan negeri, termasuk selepas pertemuan Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak dengan Azizan pada 25 Julai tahun lalu.

Pada 2009, dua surat rayuan dihantar oleh UUM, iaitu pada 29 April kepada Pengarah Tanah dan Galian negeri dan pada 10 Jun secara terus kepada Menteri Besar, namun jawapan diterima adalah kerajaan negeri tidak dapat meluluskannya.

Tiga lagi surat rayuan dihantar tahun lalu iaitu kepada Menteri Besar pada 25 Julai, Pentadbir Tanah Kubang Pasu pada 19 September dan 22 Disember, namun tiada maklum balas diterima daripada pihak berkaitan.

UUM membuat rayuan itu bagi mendapatkan rebat cukai tanah RM100,000 setahun selama dua tahun bermula 2006 yang tamat tempoh pada 2008. Selepas tempoh itu tamat, UUM terpaksa membayar cukai tanah sebanyak RM1.743 juta setahun.

Sementara itu, Azizan berkata, kadar cukai sebanyak 20 sen bagi setiap kaki persegi tanah UUM jauh lebih rendah berbanding cukai yang dikenakan terhadap universiti lain, misalnya Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang yang dikenakan sebanyak RM2.50 bagi setiap kaki persegi.

“Universiti Teknologi Mara (UiTM) pun bayar 50 sen bagi satu kaki persegi, jadi UUM juga mampu bayar banyak itu dan kalau mereka tak mahu bayar, kerajaan negeri akan menanggung kerugian.

“PTG tidak bersetuju untuk menyambung pemberian rebat cukai tanah untuk tempoh lima tahun lagi kerana kerajaan negeri akan menanggung kerugian pembayaran cukai tanah kira-kira RM8 juta.

2 comments:

  1. zizan ni gile ke ape?masa BN memerintah takde pun isu cukai ni..ni negeri kebajikan ke negeri banjingan?..mcm sial je..tempat belajar pun tak nak bagi muke..hamPAS dah takde duit ke?..

    ReplyDelete
  2. eejam....tensionnya bila memikirkan betapa tak ada hati perut puak2 PAS ni....

    ReplyDelete