Saturday, May 7, 2011

ADAKAH AKHBAR CINA AKAN MELAPORKAN KEBENARAN INI....

Adakah akhbar Cina akan melaporkan berita benar ini.

Adakah akhbar Cina akan melaporkan DAP adalah perasuah no 1 dan DAPlah yang berkemungkinan terlibat membunuh TEOH BENG HOCK atau TEOH BENG HOCK membunuh diri demi untuk menutup penyelewengan DAP!


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2011050603163320110506031633/Article/index_html

‘Mati untuk penghormatan’

Oleh Nor Azura Abdul Jalil
zura@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Pembantu politik kepada Exco Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, Teoh Beng Hock sanggup mengorbankan dirinya sendiri dan memilih mati sebelum diaibkan, kata peguam Datuk Seri Muhammed Shafee Abdullah yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.
Beliau turut mendakwa tindakan Teoh itu dilakukan kerana mempunyai pengetahuan yang terlalu banyak mengenai Ean dan DAP menyebabkan dia tertekan dan cuba menyelamatkan keadaan.

“Situasi itu membuatkan Teoh bimbang perbuatan majikannya dan DAP terbongkar dan bertindak membunuh diri bagi tujuan melindungi mereka.
“Tindakan itu sama seperti falsafah Cina yang berbunyi kematian untuk penghormatan,” kata Muhammed Shafee pada prosiding Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh, di sini. Bagaimanapun Ean yang berada di kandang saksi menafikan dakwaan setiausaha politiknya itu membunuh diri kerana ingin mempertahankan dirinya dan parti DAP.

Selain itu, Ean turut mengesahkan tidak pernah dipanggil SPRM untuk soal siasat berhubung penipuan, penyelewengan tuntutan atau sebarang salah laku berkaitan.

Ean dalam keterangannya berkata, Teoh dikenali sebagai seorang yang cekap dan boleh diharap sepanjang menjadi pembantu politiknya.

Walaupun mengakui biasa melihat tandatangan Teoh, Ean tidak dapat mengecam satu tandatangan yang terdapat pada nota ‘selamat tinggal’ dipercayai ditulis Teoh sebelum ditemui mati.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Ean ditemui mati pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor di tingkat 14, Plaza Masalam.

No comments:

Post a Comment